Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Sunday, July 31, 2011

selamat menyambut ramadan al mubarak

masih cantik..terima kasih kepada penderma budiman

semua barang di kenal pasti supaya senang nanti nak di bagi2

tekun sungguh kak nor kita ni..datang sama2 beramal bila ada masa lapang..

sesiapa pun bolih datang untuk membantu..

ibu linda memang bekerja keras untuk menjayakan kerja amal ini..dia langsung tak rasa penat..shabas ibu..dan kawan2 lain yang turut membantu untuk badan kebajikan amal used to use charity ini....
la lama nya kak b tak masuk up date blog ni...tak jenguk langsung pun..kak b duk p sini..p sana..p merata rata nak bagi tau...ikut kawan duk p bebagi barangan terpakai...duk kalut sangat..ni tadi selepas masak untuk sahur kak b ..mai la sat nak update..
sempena kita menyambut bulan ramadan yang mulia ni kak b nak ucapkan kepada semua kawan2 kak b..di malaysia dan di seluruh dunia ini selamat berpuasa dan beramal di bulan yang mulia ini...kak b sambut puasa dengan anak2 kak b..biasa2 aja..tak lebih..tapi janji meriah..walau pun tak berbelanja lebih sangat seperti yang lalu..pada kak b ala kadar adalah lebih baik dari berlebih lebih..kak b kesian sangat bila kak b p kampung ni..depa semua susah..kak b rasa macam nak bagi kat depa apa saja yang kak b ada..tapi kak b tak mampu lah nak buat semua sorang2 pasai depa ramai..sikit2 bolih lah kak b bagi..banyak2 kena lah kak b bersama kawan 2untuk menghulurkan sedikit bantuan..

tapi alhamdulilah dapat lah membantu depa ni..kak b dan kawan2 pun jadi seronok dan puas walau pun tak seberapa yang kami hulurkan tapi banyak membantu orang2 yang memerlukan...kak b rasa seronok juga buat sedikit kerja2 amal..bukan memerlukan wang ringgit yang banyak atau masa yang berbukit..semua nya hanya sedikit dari masa terluang  kita..kak b tak rasa pun masa kak b di curi untuk tujuan amal ini..mari lah sama2 kawan2  kita membuat kerja amal untuk membantu yang kurang...p lah masuk kat blog ni kalau ingin sama2 membuat amal...
http://used2usecharity.blogspot.com/ ..kak b ni duk tengah mengemas tak habis lagi..baju,tudung,seluar.beg,semua cantik2 lagi semua terpakai..semua ni nak hantar kat depa2 yang memerlukan...jom kita buat sama2...

Tuesday, July 19, 2011

Sedap tekak dan sakit tekak

Lama sungguh tak jenguk kawan2 kat sini..sebab kak b satu keluarga kena serang hemdap.. Kami semua tak bolih bercakap..apa lagi kak b ni..rasa terseksa sangat ..bila tak bolih nak bercakap..bayangkan kak b ni kalau tak bercakap ..rasa dunia ni gelap sangat..kak b ni berenti bercakap masa tidok aja..selagi tak tidoq selagi tu bercakap...tapi dAlam kak b tak bolih bercakap tu..kak b rengkuh juga nak bercakap walau pun suara dah macam itek tertelan ubi dedak..kuap..kuap..kuap..

Mula2 abang aji yang kena..pas tu kak b..pas tu anak dara kak b..semua kena sakit tekak.dengan batuk.tapi alhamdullilah dah sembuh dan dah laju dah kak b duk bersembang..ni semua angkara makan durian sampai lupa dunia..bayang kan durian balik pulau ni memang kaw..satu biji nak makan sorang mengeret nak habis..dah lah murah kita pun beli lah 8 biji nak makan 4 beranak..konon2 bolih lah habis sorang 2biji.tapi.rupanya buka tiga biji pun tak habis nak makan..bila dah tak habis..buat pula pengat durian makan dengan pulut..mana lah tak terkunci mulut..habis semua bengkak dek kerana sedap makan sedap jugalah tekak kami duk berkokok...