Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Wednesday, October 29, 2008

Tuesday, October 28, 2008

Pasar malam


Tak ramai hari ni orang ke pasar malam.Aku mangambil peluang untuk bersesak sesak walau pun aku cakap tak ramai ,kalau ramai mesti lah menyumbat nyumbat kedalam pasar malam tu.. Aku dengan kitak ke pasar setelah di paksa untuk meneman ibu nya yang selalu kesunyian di bulan shawal ni ,pasal dia banyak sangat p open house mengalah V>I>P..

Dia ni makan suka tapi p beli barang malas itu pun kadang kadang saja ,sebenar nya aku yang tak nak dia pi pasar takut dia beli ikan busuk dan sayur lembik .Tapi hari ni dia belajar membeli barang2 yang bermutu tinggi dan aku dah bagi dia sijil spm untuk itu. Tapi macam mana dia nak pilih ikan? sebab dia takut nak pegang ikan.Dah sah la dia akan beli ikan busuk ,kena tarik balik sijil spm dia untuk kepasar.Tapi kalau ke shopping mall p kedai yang jual hello kitty dia master sijil dah dapat 10tahun lepas.mesti tak cacat barangan hello kitty tu pandai pula dia dok belek keatas kebawah...
Masa aku seumur dengan dia aku cukup cekap untuk membuat kerja2 orang perempuan memang dia tak bolih bertanding dengan aku ..tapi zaman dah berubah aku tak bolih nak belagak sangat dengan dia nanti dia suruh aku buat kerja2 dia mengagau lah aku...sorry kitak mummy suka suka saja ...
Sebenar nya kitak ni pandai tapi mummy saja nampak kitak macam baby.quek.quek

Monday, October 27, 2008

Good Morning Popo


Hi good morning katak and kuntum and the two girls always in my heart ...chi abencs kat mana pulak tak pa lah abins tu dua alam kadang2 tenang kadang2 berombak tapi banyak tenang dah sekarang ni pasal umur pun dah meningkat..
Bangun pagi ni terus pergi kebilik ayah yang sudah uzur telah lama selama 6 tahun,tapi bolih mengurus diri sendiri tak nak susah kan sesiapa di dalam rumah ini .Begitu lah tabah nya sa orang ayah yang telah pasrah menerima keadaan diri nya yang telah pun di takdirkan ilahi.Dia kelihatan seperti anak kecil yang sentiasa inginkan perhatian tetapi menerima kaadaan, yang dia suatu masa dahulu telah berbakti kepada kami adik beradik, hingga kami dapat hidup berdikari.Kadang2 aku melihat dia merenung jauh dan di lakukan setiap hari ,mungkin dia mengimbas kembali kehidupan nya yang nomal dan tidak perlu meminta bantuan bila2 diperlukan.Aku menegur ayah ;ayah duk tengok apa?; ;Dak jawab ayah saja ayah tak ingat apa pun..aku tahu ayah berdalih pasal aku nampak wajah nya sayu dan jauh sangat pandangan nya.....Tapi memang sungguh renungan nya kosong dan tidak berwarna warni, tak seperti kita yang masih normal.

Monday, October 20, 2008

kueh raya bawah tudung



KUiih raya ni baru jumpa kat rumah Ani (kawan karib masa aku kecil dan sepupu aku juga) dia buat kenduri kahwin anak dia hari ni.Jadi kuih ni dah tak jadi kuih raya dia jadi kuih majlis kenduri.Di kampung Tanjung Piandang kalau orang buat kenduri kahwin mesti ada kuih lama.Putu beras,telinga hind,bahulu,bankit jagung dan lidah jin. Yang lain tu tak sempat nak tengok depa dah bungkus.
...........................................................................................................................................................................


Not end yet pasal cerita hari raya ni ,aku ingat masa kecil dulu aku ni suka sangat lah nak tolong mak aku buat kuih.Emak aku pula jenis tak suka rimas dia nak buat sorang sorang dia, jadi aku pun dok tengok lah dia buat kuih kegemaran ku kuih bakar kacang hijau kuih orang kampung sedap sangat.
Lepas siap mak aku pun bubuh dalam tin hacks mana dia dapat tin tu aku pun tak tahu tapi punyalah panjang berbanding dengan tangan kecil aku yang berumur 6 tahun .

Aku tengok dia letak kat almari yang dah tentu tinggi berbanding aku yang kecil.
Dan dah tentu lah dia rasa selamat kuih dia kat situ sebab tentu punya aku tak sampai .

Apa lagi yang kecil diri aku tapi otak aku tak kecil aku bercita cita untuk mendapatkan kuih tu walau pun dia nak ;nyet; aku. Aku pun ambil bangku ,aku panjat dan aku capai HO HO HO apa lagi gugur lah tin itu bersama labu labu nya.

Memang benjolah kepala aku dan dah tentu emak aku yang pergi ke rumah mak lang aku akan balik selepas pi mencari resepi baru .

.Apa jadi dengan aku Phuih..emak aku jadi baik dan aku jadi hairan sebab emak aku kata;;la awat hang pi panjat emak ada simpan untuk hang bawah tudung pi panjat buat apa?.dah kepala hang senget tak lawa bila hari raya nanti;;aku pun heran la pasai apa mak baik sangat selalu dia ambil balik tin tu hempuk atas aku.

Tu lah orang dulu dulu buat kuih p simpan buat apa ,,bagi lah anak makan dulu baru tetamu,ni semua nak buat untuk orang mai bila raya.anak dok makan kuih yang tak jadi yang kemek yang kembang tak patut betul orng dulu

.
Aku pun tak tau macam mana mak aku terima takdir yang kueh dia semua patah selalu memang mampuih aku ,mungkin dia pi rumah mak lang. Ani sepupu aku buat benda yang sama kut. Jadi dia kesian kat Ani dia tak buat aku.Hoiiihh selamat aku dunia akhirat pada malam tu..

Sekarang ni aku buat kuih makan masa tu juga . Panas panas sampai ternganga mulut tak dak lah nak simpan2 macam orang dolu dolu .Pasal sekarang kita rasa hari raya pada bulan bukan raya .biskut raya dah di panggil biskut kering jadi tak ada keistimewaan nya lagi dan tak perlu di simpan dan di panggil biskut raya..

raya raya makan makan


Dari hari raya pertama sampai sekarang asyik makan makan dah penuh sampai nak muntah balik

balik kampung hari tu makan, tak pernah makan nasi sampai 4 x6 hari tu makan dari rumah sepupu nah rumah pakteh,pak ndak ,pak anjang, mak lang,kak tun jangan dok lupa sebut nanti merajuk hanya pasal tak sebut nama aja..

dalam kereta penuh kaum keluarga macam bangla nak p ambil gaji, dah lah tu semua nak
'''''bersembang macam burma nak p pasar malam..tapi best,,, all of us are happy for beraya kat kampung..
teringat juga masa kecil dulu dalam kampung tu .Berjalan tak ingat dunia balik dah senja. Bawa duit raya entah berapa kupang. Keibuan penungguan di depan pintu ,bukan nak sambut tapi nak ;;nyet;; cubit lah tu..
Tapi sekarang anak aku balik lambat pun aku masih bolih tanya depa awat balik awai sangat dah habih raya ka chek..
tapi sekarang dia orang dah besar, aku dulu 6 tahun nak belagak 16 tahun tu lah sebab kena :nyet;