Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Friday, November 28, 2008

Syurga itu di bawah telapak kaki Ibu.



Rasa nya setiap ibu inginkan diri nya
dalam dakapan anak nya.
Ini tak bermakna dia mejadi kecil kerana
anak nya besar.

Bukan diri nya yang kerdil...........melihat anak nya besar
Tapi hati nya yang kecil.................kerana anaknya otak tak besar
Bukan dirinya yang rimas..............bersih kan lah kawasan mindanya
tapi hatinya yang lemas.................hulur lah tangan untuk bantuan
bukan dirinya yang pedih....................ubatilah lukanya
.....................................tapi hatinya yang sedih...........peluklah dia and say' I LOVE YOU MOM'

Bukan dirinya yang layu................................ Siramlah selalu dengan kasih dan sayang
Tapi hatinya yang sayu...............................berilah ketenangan
Bukan dirinya yang tak sihat......................rawatlah dengan bibir yang manis
Tapi hatinya yang tesayat......................balut lah ia supaya tak tersiat
bukan dirinya yang rebah..............sediakan lah peyokong supaya tak jatuh ke tanah
Tapi hatinya yang parah..........beri lah air penawar supaya ia tenang...

Ya itulah yang selalu kita lihat.Luaran dan dalaman sesaorang manusia yang di gelar Ibu
Bibir nya memberi izin tapi hatinya bimbang.Redhonya dia dalam keadaan pasrah.Ibu tidak bolih berkata tidak kerana dia tidak mahu anaknya berdosa, kerana melawan atau menipu di belakangnya.jadi ibu selalu merelakan dalam paksaan.Semua di buat ibu kerana terlalu sayang kan anak anak nya.
Olih itu jagalah hati ibu kerana lambat laun saorang yang dilahirkan perempuan akan menjadi ibu.Dan saorang yang dilahirkan lelalki tetap menjadi anak ibu sepanjang hayat.Doa ibu terlalu cepat di sambut malaikat dan di hantar terus ke penciptanya.Semua ibu didalam dunia ini akan hanya berdoa yang terbaik untuk anak anaknya.Dan selalu lah minta ibu berdoa untuk kita.supaya hidup kita diberkati dan di beri rezeki dari 4 penjuru.AMIN...

Thursday, November 27, 2008

Kedai Pakndak dan karipap chicken fox











Makndak buat sepuluh macam kerja dalam satu masa.
Tangan dia macam sotong kering punya

banyak.kalau tak tak siapkerja.Kiri kanan.'makndak bungkus laksa 5 ' sat gi makndak bungkus ccucok udang 10'pas tu makndak chucok hudang hangit'.Kalut nya makndak..












Pakndak kedai nya laris sangat , pasal pakai pelaris cap ayam Hutan.Terletak di Perak utara .Sg Burung Tanjung Piandang .














Pelanggan tak tetap Pakndak.
Ais kacang dia enak dan bersari lagi bermutu tinggi rendah.











Ini lah karipap chicken fox.tengok lah kulit dia meletup
letup kan tak licin pun.Yang kuih pau tu kegemaran aku licin macam muka aku juga kak long oii....
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Haaa? karipap chicken fox?.

Kak long.................Mana ada kiuh yang kena penyakit.
makngah...............Ada lah aku dah telan dengan chicken fox dia sekali.
Kak long................Oi tok sah la la dok buat benda bahaya .Nanti hang kena tidok kat hospital 3 hari 3 malam sapa nak jaga hang atas kerusi malas?
mAKNGAH...........Baru 3 hari aku telan tapi dok depan hang juga.Kalau ada lagi aku nak telan lagi Kak long Oi..
Kak Long...............Hang jangan dok pemuhong kat aku .baik kita p mengumpat benda lain lagi baguih.
Makngah.............Betui haih ,yang kak long dok p dengar aku pemuhong buat apa? lebih baik p cari orang lain p mengumpat lagi banyak dosa dari dengar aku merepek.lagi pun dah 3 hari dah kak long tak sampai target untuk kumpul dosa mengumpat .
Kak Long........Heih hang ni dok merepek kat aku buat apa, tak dak kerja lain ka?
Makngah........tak dak dah. siap semua kerja ,yang tinggal hanya untuk merepek saja.
Kak long.........Aku tak percaya ada kuih kena deman. Hang tok sah dok tipu aku.
Makngah.......aku bukan suruh hang percaya .Aku suruh hang dengar.dan aku ada gambar dia .Aku ambil kat kedai Pakndak.
Kak long ...Mana dia ?
Makkngah ....Ada lah.Yang kak long tu dah habis ka buat kerja rumah?
Kaklong..........Awat nya hang tanya aku?
Makngah.......Tu dia dok dengar aku merepek tak buang masa ka?
Kak Long.......Dak.. aku seronok pasai hang tu sasau.Buat aku gelak dan meluat kat hang.Tau dak.
Kak long...Hang bulih dak tok sah jumpa aku 3 hari.Pasai aku nak bagi darah aku turun sikit.
Makngah..Awat nya? Kak long ni mai bulan ka?. pasai apa turun darah sikit?. Tak sihat lah tu.
Kak long..././////?????%%%????? he gerammmmmmmmmmmmmm.

Saturday, November 22, 2008

Kacang poi










Kacang poi yang ku cintai dari dulu ,kini dan selamanya.
tapi tak selalu ada peluang kerana di jual nun jauh di mata dekat di hati dan terasa di bibir macam nak gigit gambar ni.



Kacang poi ni jangan sekali kali memulakan untuk menguyah dia takut tak berhenti.Alkisah nya tentang kacang poi ni tak tau dari mana kerturunan nya.Tapi yang pasti dia sedap dan mengasyikan.kalau makan dia tangan macam spring tak bolih nak stop.
Paling sikit sesaorang tu bolih makan 1 kg dalam keadaan perut yang kenyang.Kalau lapar dengan bakul dia gigit sekali.Tak semua tempat dalam Malaysia ni ada.Mak ngah jumpa pusat jualan kacang poi ni kat pulau pinang. Tapi dia sorang saja yang jual kat situ dah pusing 17 kali dah. Apa lagi terberek emergency la makngah, terus beli 2kg.Pas tu paling sikit makngah beli la ni kan 5 kg macam beli beras.

Bila rasa nak makan kacang ni macam bolih meleleh air liur. Punya kuat lah perngaruh kacang poi ni.Memang rasa nak pepak dengan kulit kulit dia sekali atau nak suap dengan senduk nasi ,banyak sikit masuk dalam mulut.
Tu la perasaan makngah bila rasa mengidam kacang poi ni.
Tapi dulu dulu memang banyak di jual di pasar pasar minggu di utara sana .Tapi sesungguhnya dia juga merupakan makhluk yang pupus di negeri kita ni.

Friday, November 21, 2008

sellamat pengantin baru

Meriah nya majlis di tengah hari
Mempelai bersanding berseri seri
tetamu yang hadir silih berganti
untuk meraikan raja sehari.






Senyuman yang manis kami berikan
untuk tetamu kami muliakan
tarian kami akan di mulakan
kalau sumbang harap di maaf kan

tarian untuk raja sehari

h

Tarian ini di datangkan khas untuk kedua mempelai .Anak anak ini terdiri dari saudara saudara terdekat mempelai lelaki, anak anak saudara aku lah juga .Semua pandai menari macam makngah dia juga.Mana tak ramai orang datang majlis perkahwinan tu ada tom tom bak..

Monday, November 17, 2008

Majlis kenduri kat kampung Tanjung Piandang



Ni tetamu cilik yang hadir di rumah orang kahwin tu.Hati ku tersentuh dengan anak kecil comel yang berbaju purple tu nama dia Shafikah.Tapi muka dia macam Diena Wong masa kecil,dia baik,cantik ramah berkawan dan tak suka terpijak nasi yang berteraburan di lantai bila ada kenduri macam DW juga..I love you sinderella..



Yang ni bunga pahar yang di hadiah kan kepada Ani untuk menyambut menantu dari mak Ngah Nah.Bunga Rose tau.




Yang ni Kak tun dan Ayung Bibah baru siap buat bunga Pahar .Warna matching ngan baju Ayung Bibah.
................................................................................................................................................................
La depa nak buat kenuri dah kat rumah depa nak sambut menantu yang cantik manis dan berbudi bahasa.Nah hang mai na rumah aku 17 nov ni na,hang jangan tak mai tau anak sulung jantan aku nak menikah ni .Aku panggil hang siap siap tau takut kad tak sampai .Tu dah 2 bulan lepas Yunus bapak pengantin menjemput aku dan suami kerumah nya .
Sampai lah masa nak kenduri kami pun bersedialah nak p rumah dia,aku pun p lah buat bunga pahar kat dia 100 kuntum lawa pulak tu.Bagi hadiah.Call Ayung Bibah call Kak Tun yang duk kat Parit Buntar nak ajak p sekali.
Kami pun pi lah rumah depa untuk beramai ramai .Depa buat merhaban dan bertahlil pada malam yang kami duk ikat bunga telur tu.
Tapi yang aku hairan tu kenapa dia buat hari Isnin bukan hari cuti am ka? umum ka? siapa nak mai hari orang tak cuti?.
OOH padan lah dulu dia habak kat aku mai la jangan tak mai kami nak buat kenduri sikit sikit saja kecil kecil.Mungkin lah dia nak buat sikit sebab tu dia buat pada hari isnin.Jarang dah orang kampung buat kenduri pada hari yang bukan hari cuti.
Duk esok tu aku ,suami ,Pak Long sekeluarga,kak tun,mak teh (aku tumpangkan dia dari sg,Labu.)pi lah makan kenduri kat rumah Ani dan Yunus.Aku sampai pukul 12 tepat kat rumah dia dah tak bolih masuk dah punya lah ramai orang ,mai mana?
.
Aku pernah p merata rumah orang kenduri yang terlalu kaya yang terlalu miskin dan yang tak miskin dan tak kaya tapi tak lah macam rumah Yunus (yang dia kata kenduri kecil tu).Aku anggarkan 3ribu ke 4 ribu orang menghadiri rumah orang biasa sahaja ,bukan orang besar atau orang ada ada macam mak Zaitun yang ada cincin berlian.

.Makanan yang sederhana di hidang kan kepada semua tetamu sama rata tak ada tetamu vip .Tetapi yang ada hanyalah besar hati tuan rumah menerima tetamu dan besar hati tetamu menghadiri jamuan itu.Aku menjadi manusia yang memerhati bertapa bersyukur nya setiap insan di depanku dan pasrah apa saja yang ada dan turun dari yang Maha Esa.

Friday, November 14, 2008

Omani Omani

Yang ni Al Ustaz Abdullah Al janggut nya panjang dari Oman.Yang sebelah tu Al Sanusi janggut baru nak panjang,ibu bapa nya berasal dari tanah Bugis....Ustaz ni sahabat baik kami semasa di Oman.Orang nya terlalu sopan dan baik dan banyak membantu.
Yang ni rombongan kami dari Malaysia semua cedik berani gagah dan sanggup menghadapi cabaran di negeri orang,Mr Lim,Hj Ishak,En Apyian,Hj Malik,Raja Dato Rapiah,Pn Rosnah,Hj Sanusi damak.Hj Sanusi dan Mr Choy.Dato IKwan Tak nampak sebab dia letih sangat dan merehatkan diri nya di hotel,Adik kesayangan ku Tku Sabirin tengah anbil gambar ni.
Yang belakang tu suami kesayangan ku yang lapar malam malam nak makan roti cadar..yang buat roti cadar tu Halim dari Pakistan dia seronok aku ambil gambar dia kata nak masuk kan dalam buku masakan.
Hi dato banyak lagi tu tak habis makan ,dah sampai Oman perut kena bagi jadi setokin,Hj Malik tu baru nak baca bismillah.Hj Ishak dah kira nak suruh bungkus dah tapi siapa nak makan sedangkan 2 jam lagi nak makan lagi.
Begitu lah mewah nya makanan di Oman.
Yang ni rumah brother Ali abang kepada Hameed adik angkat ku dari Oman.Mereka cukup raii kan tetamu yang datang bertandang.Ya Allah ,kau murah kan lah, rezeki orang yang memberi kami makan dan minum, ampunkan lah ,,segala dosa nya dan juga keluaganya.AMIN.Abang Ali yang duduk ujung tu.


Awal tahun ini aku dan suami membawa rombongan rakan niaga ke Oman, Dubai dan Abu dhabi .Ramai juga group kami dalam 25 pax.Sebelum dia orang sampai, aku dan suami dah sampai di sana dah untuk menuyusun atur cara untuk kesemua delegate yang di homati.

Sebelum mereka sampai aku sempat pergi beramah mesra dengan adik beradik angkat ku di sana.Mereka ni tidak jauh berbeza dengan orang melayu Malaysia,cara mereka bergaul memang sebiji macam orang kita.Tapi yang aku lihat mereka ni kalau mereka anggap kita macam adik beradik depa,depa nanti arak kita p semua rumah adik beradik depa yang kalau jalan sebulan pun baru cover 10% saja.Memang tak sesuai untuk aku begitu kerana kalau duduk seminggu dan dok p atur rumah sampai 20 biji memanglah balik pakai jubah badan pun naik.
Bab makan pula depa ni masak macam bolih demam sebab nak suruh makan ayam sekor untuk 2 orang ,udang besar 20ekor untuk 2 orang, nasi ada ,roti cadar ada, tak tau lah macam sekali makan ,tok sah dok makan dah dan 2 bulan..

Tak tau lah sayang sangat lah depa ni kat kami suami isteri..depa bagi kami rumah banglo 7 bilik dan makanan penuh dalam peti ais .Aku pulak suka masak aku masak lah makanan aku dan suami.Di sana makanan harian kami nasi beryiani.Malam beryiani siang beryiani subuh beryiani sampai mimpi pun aku dok kunyah daging kambing beryiani.

Memberi makan adalah satu kepuasan untuk orang 2 Omani.Mereka akan rasa tak masuk syurga kalau tetamu tak keluar dari rumah mereka dengan sarat mengandung makanan yang di saji.Burrlrp.Alhamdulilah...
.................. SUKA MERAJUK JUGA ORANG OMAN NI.................................
Dan sesungguhnya mereka ini bolih merajuk.. Kalah orang melayu jati.Kalau orang melayu nak pi merajuk dengan depa p belajar cara nak merajuk dulu, takut malu keturunan dan ketuanan melayu.Mungkin orang Bugis bolih pi melawan merajuk, tu pun mesti kalah..
Kenapa depa ni serupa sangat perangai macam orang melayu ? adakah orang melayu pernah menjajah negara depa.Ikut sejarah tak dak pun.Atau pun adakah tok nenek monyang sesiapa yang lari pi menikah dengan tok nenek dara Oman?.mungkin ada berlaku tapi tak tau siapa.Biar lah menjadi tekana dan tekini.
Yang aku nak tahu sangat dari dulu sampai sekarang dan selamanya ,
Apa kena mengena' halwa maskat yang ' (kuih yang di kacau selama 4 jam sampai patah pinggang pasal nak tunggu tepung beras jadi berkilat)tok aku buat dulu dulu masa nak sambut raya puasa.Dia orang pun ada halwa juga tapi tak panggil halwa maskat pun dia orang panggil'AL HALWA from MUSCUT' .dia oerang terkejut bila aku memberitahu yang kami ada kuih yang bernama ibu negeri dia orang..

Banyak lagi pasal orang Oman ni aku nak cerita tapi sapai disini saja yuk..

Wednesday, November 12, 2008

akhirnya kini pasti seri muka ku menjadi enak

Seri muka yang berseri ,,Enak sekali



Resepi seri muka
lain kali aku bagi
pasal nak cuba 2x lagi nak
make sure betul betul jadi yang sama
kau orang percaya tak yang buat kuih
serimuka ni perempuan ni ,,Terkezut lah..............
jadi pulaktu setelah mencuba 5 x6......... Tapi tak apa
suami ku setia mencoba resepi ku buk.jadi tak jadi
dia sebat saja .Nak buat macam mana sayang isteri
Dia kata sedaap lah yang memberi aku perangsang buat
sampai jadi dan enak di makan begitu saja.....

bolok bolok


mami dok ne banyak banyak ok......gi bolok bolok mami..













comel nya budak yag nak ambil spm ni..mami dok ne ok..all the best for you darling bolok..

Sayang Ibu jasa mu tiada tandingan

Ibu dan mawar kuning sejambak... Mawar kuning adalah kegemaran ibu
dikala sedih ,gembira.dan setiap masa .Ibu yang sentiasa mencari dimana anak nya berada,
walau pun usia ku sudah jauh untuk dia menjadi risau tentang diriku.





Nah sejambak bunga mawar kuning untuk kekasih hatiku ibu ku
Puan Hajjah noraini yang dilahirkan dari keluarga keturunan Puteri Hang Li Po dari negeri Melaka .Dan di Islamkan di negeri siam 55 tahun yang lalu.Mempunyai darah campuran
Belanda,Cina. dan Siam.

Ibu Ibu engkaulah ratu hatiku

Asalamualaikom ibundaku yang amat
ku sayangi .Yang banyak bekoorban
untuk kehidupan ku selama ini
yang membantu menbesarkan zuriat zuriat ku
.
Cucu kesayangan yang di belai sedari kecil

Sunday, November 9, 2008

wat da meta


Get along with ...
the rich..
the poor..
the ugly..and
the beautiful...

tolon tolon


Tolon tolon tolon...... akat lah aku..

adik anjin kata....... ni tolon lah ni .......
lain kali minum lah susu anjin.... ringan sikit
ni minum susu embu... tu lah berat...acam embu.
bencii ah ..

mama ko mana ni tolon lah sama..benci ah

Friday, November 7, 2008

makcik cantik






Motor kerengga ,kenek kenek lah udang ...







mak chik lawa dan sopan sedang menikmati peri peri chicken d prince hotel










Amoi ho leng, mau supper di concord kl... hai ya sudah pagi tak balik lumah ka ah moi ? lu mak mana?

TERSIBUK


zzzzzzzzzzzzzzz
mmmmmmmmmmm
fffffffffffffffffffff
zzzzzzzzzzzzz
Tengah berehat tapi nampak macam sibuk juga lah


Sibuk nya aku tak tau pasal apa? nak kata sibuk pasal orang, tak da orang pun keliling aku. Tak tau sibuk pasal apa..Sebenar nya aku suka perkataan sibuk tu .Macan dengar nak minum sup berselera saja dengan perkataan sibukBuat sibuk.menyibuk,tersibuk. buat buat sibuk, apa saja perkataan sibuk memang aku suka sangat.Aku rasa aku dah terasuk dari dulu hingga sekarang itulah perkataan dari mulut aku ,dari subuh sampai subuh ashik sibuk sibuk sibuk.....

Tiba tiba aku tersedar dari kerasukan yang telah kritikal yang kena dekat otak aku..AAKUU sebenar nya tak sibuk tapi aku dah di set untuk sibuk.Itulah aku tengah berehat pun aku rasa kerja tak siap,mana ada kerja yang tak siap,semua dah siap.Macam lah aku kena buat kerja Obama.Melawat seluruh Amerika..hiuhh..belangan lah aku ni.Belagak dan berangan.

Tapi Aku Suka Sibukkkkkkkkkkkkk..dan ko orang jangan menyibuk dengan aku dan sibuk sibuk pasal aku yang sibuk.....

Monday, November 3, 2008

Tiga shinggit



Ni anak 3 dara pingitan yang bila ambil gambar aja macam artis Hongkong.Sebab tu lah bagi pakai baju kebaya, bagi jadi orang Malaysia sikit.

Muka dia orang ni semua macam putri Hang Lee Po tapi tak tau Bersyaer dalam bahasa Cina,tak tau masak kuih bulan,tak tau ketuk kepala ayam bila nak masak sup..

Tak payah meminang lah dia orang ni banyak sangat tak tau,tau,tak tau.lepas tu tau..

Sunday, November 2, 2008

HANTU POCHONG


Malam hantu pochong ,siang hantu pochong ada ada aja .Tak dapat cerita hantu pochong tak lena lah tidur aku.Si kecil ni akan mendesak aku supaya buka cerita yang sama sekurang kurang nya 7 kali sebelum tidur.....Apa punya ubat guna guna yang dah kena si kecil yang baru berusia 3 tahun ni sayang sangat dengan hantu pochong tu,dia tak tahu aku pun tak tahu..

Dia akan mengetuk pintu ku berkali kali dengan tangan kecil nya. Popo nak hantu pochong,Popo nak pochong,Popo nak hantu.Aku tengok budak ni macam dah kena rasuk dia ketagih cerita hantu pochong tu macam ketagih susu,,.

Tapi aku tak marah kerana dia darling ku yang selalu menghiburkan aku dan seisi rumah kami.pochong ..pochong,,pochong,,pochong..hee,he..hee.