Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Sunday, September 27, 2009

riang ria buka posa sebelum raya















depa ni dah posa 14 jam kut makan sampai tak ingat donia..tapi depa ni krew basuh pinggan teragung..lepas semua orang makan depa basuh dan kemas..baik hati ni..














.
mat shah dan keluarga .depa ni mai last sekali .ada la saki baki lagi untuk depa anak beranak mai perabis apa yang ada..yang adek yang pakai baju biru ni .kawan fb qb palng cilik seakali..
dia suka suka makn kaki ayam..malam tu qb masak nasi beryani prancis..phuhh sedap tau...
















yang dua ni supevisor..depa pasti kan orang cukup makan...dan yang lebih depa nak bungkus bawa balik...tu depa duk cek la apa yang nak bungkus bawa balik...tapi depa baik hati ..lepas basuh pinggan bau balik.
bolih ajak lagi lain kali..yang belakang tu dah makan 7 kali..buka posa apa pun tak tau..perut macam setokin...isi banyak mana pun tak penuh...tapi dia tolong qb masak nasi beryiani perancis.

riang ria sebelum raya..

n













lagi seminggu nak raya depa ni sebok dah nak perosok barang2 dalam lemari ess...depa dah tau dah nak masak apa..depa dah plen dah nak buat rendang apa..depa kemas lemari es..depa buang semua yang dah rosak..depa bawa masuk yang fresh saja..konon 2 nak raya..

depa tukaq barang dalam peti es sambil menyanyi..seronok nya depa..rasa nya depa bukan menyanyi tu..depa mengumpat.gerenti punya.tambah yang jantan tu .mulut punya lah bisa mengata kat orang..tapi kalau tak mengata tak laju pulak buat kerja..jadi qb pun nak mengata juga lah....















depa kalut sangat p beli barang penuh kereta..sampai beriba pasal bonet dah penuh..depa ni nak buat pecah rumah ka?..tak mungkin pasal tak dengaq habaq pun..tapi depa ni terlampau kalut lah..sampai talipon bunyi pun tak jawab..ada orang nak mai rumah depa ka?..tak dengaq pun..memang lah qb tu kalau nak raya dia sebok satu donia..

habih dia kerah anak2 dara dia buat tu buat ni..macam dia sorang nak raya.dia p kedai p mai pi mai..asyik tertinggal barang saja.anak dia pun semua rajin2 nak bekerja sama denga dia.depa pun nak kalut sekali..adek beradek dia pun nak kalut sekali..
oooooooooooo rupa nya depa nak masak untuk buka posa..panggil kawan2 nak mai buka posa..padan lah kalut sangat.
rope nye depa ni nak buat niat sesuci romodon untuk bagi orang buka posa kat rumah depa..sambil buat untuk masak buka posa,, sambil buat kuih raya..seronok sampai tak tidok .pagi baru tidok .mangkit terus buka posa.eh tak lama lagi nak raya dah...

Saturday, September 19, 2009

ohh..padan lah kalut sangat..qb tu..dah nak raya kan...


itu lah kecil kecil tak nak makan lebih sikit ..kan dah kena sambung kaki nak pasang langsir raya
meriah nya dia nak raya...cantik juga langsir dia..panjat dek..panjat..




eh eh langsir dia ni koyak ke memang dah feshen macam tu..
nampak macam diena tengah menyanyi...seronok sungguh nampak dia..


rajin rope nye anak dara qb ni..nak raya lah.. katakan
i
sambil menyanyi lagu sanisah huri..dia memasang langsir dengan senang hati..langsir raya yang warnanya sedondon..


yang ni dah ready nak balik kampung..tapi tak tau kampung siapa yang dia nak balik..

duk mengemas apa mak chik oii..tak habis2 dah 3 hari..

kesian kalah rumah anak yatim punyalah berdikari...elin paham yang dia pun sibuk nak raya....
padan lah popo dia pun sibok buat tu buat ni..rupa nya dia orang tengah meriah nak menyambut lebaran yang akan tiba 2 hari lagi...


masing2 baju masing2 kemas..kalau tak nanti popo tinggal..

pandai dia melipat baju .bolih lah kerja kat kedai dobi..


tok wan pun sibuk juga ..nak tengok anak2 masak apa kat dapur..baru aja masuk rumah selepas berkebun kat luar..nak make sure laman cantek dan bunga2 segar..maklom lah nak raye ni..dia dah penat kat luar lah tu ....baru nak buat teh terbang...sedap...


.

rajin betul lah diena ni..lepas tolong adek dia buat kueh raya ..dia p pasang langsir
nampak meriah betul raya tahun ni ..


tekun sesangat lah miya buat kueh tat bantal..lepas siap dia makan separuh dari yang dia buat..
qb nak buat kkueh canola pun tak dan kerana banyak kerja lain yang nak buat...

sempat mengepose dalam keadaan penat...

Wednesday, September 16, 2009

apa dia buat

langsir dah siap, kueh pun ada sikit .baju raya dah beli ,persiapan raya dah banyak yang tersedia.

apa lagi yang dia tak buat.dia berjalan kedapur,dia lihat sekeliling kueh adalah ...tapi tak banyak.rasa macam nak tambah ..... tapi malas dah nak duk kat oven.ok pinggan mangkuk pun dia dah keluarkan yang cantek2 lawa2 baru2 bunga2 oiiii... dah macam kedai jual pinggan mangkuk dah...punya macam2 pesen..

lepas tu dia pergi cek semua bilik ..dia nak pastikan semua langsir dah dipasang dan cadar sedonondon dengan langsir....dan perabut di bilik kemas dan teratur...

pas tu dia pergi ruang tamu juga nak pastikan yang langsir,sofa,hiasan,apa saja benda yang patut duk kat situ mesti ada kat situ tak bolih berubah..oiiooooii perfect nya dia..tak mau silap langsung..

pas tu dia pi tengok garden dia kat luar ..dia nak pastikan bunga dia segar dan tananman lain ikut segar bugar seperti yang di kehendaki..dia belai satu persatu dia nak pastikan baja cukup ,air cukup.dan yang mesti ada kat garden tu.. mesti ada kat situ..

pas tu dia talipon sana dia talipon sini nak pastikan apa barang yang dia order mesti sampai pada waktunya..dan mungkin juga dia menyusun tetamu dari timur ke barat..tapi dia nak buat apa panggil tetamu dari timur kebarat?..

entah lah apa yang dia nak buat ..sibuk sangat macam nak buat kenduri kahwin anak dara dia..tapi sudah pasti bukan ..bila anak dara dia bertunang..apa yang dia buat tu adalah .....Sambunnnnnnnnnnng.....

Sunday, September 6, 2009

satu malaysia kah? satu kan pemimpin...?..


yang ni Mr David dari sunshine bayan baru... dia bersama sama Qb meraikan 70 anak2 yatim dan anak2 keluarga daif...dalam gambar ni dia memberi sedekah dari poket nya sendiri untuk dua beradik yang kehilangan ayahanda nya tahun lalu...dia juga berpakaian baju melayu kerana dia hendak merasakan sausana bergembira bersama mereka...dia sayang kanak2...dan pada hari tu anak2 itu memangilnya pakchik David....pada pandangan Qb ...dia terlalu natural bukan pasal bussines.....sanggupkah kita meragut keaslian yang telah tertanam di diri dua bangsa yang berlainan ugama ni...hanya kerana pertelagahan pemimpin negara....(I like you David)

gambar hanya hiasan.sedap nya depa makan....(i miss u Amou.)

Apa dia satu melaysia tu popo...anak kecil yang baru berumur 6 tahun bertanya kepada aku....mana anna tau pasal satu malaysia ni?.tanya aku kepada cucu ku yang ingin sangat nak tahu.pasal banyak sangat iklan dalam tv...memang budak kecil suka dengan iklan tv...macam mana aku nak jawab ni ..aku sendiri pun tak paham pasal 1.malaysia ni..macam mana aku nak paham psal 1.malaysia ni...sebab gambar2 yang di tayang dalam tv tu dah aku buat sejak aku dilahirkan...aku dari keluarga campuran india ,,cina, melayu , siam,belanda ,bangla,monggol,dan banyak lagi di dalam dan di luar negeri,,,kami dah lalui dan tidak ada masaalah langsung untuk kehidupan kami..aku pernah diasuh olih toke ayah ku ..yang berbangsa cina dan berugama buddha...aku gemuk di suap makan..dan dia tidak membiar aku kelaparan kerana aku melayu yang berugama Islam...dia sayang aku dan selalu merindui aku...kalau aku tak mengikut ayah ku ke tempat kerjanya....dia akan mengambil aku untuk bermain dengan anak2 nya......aku mempunyai jiran yang bila satu masa isterinya melahirkan anak dan suami nya sakit ..dan terpaksa di hantar ke hospital ..mak aku lah yang pergi merawat makchik lily....
kawan baik ayah ku..... yang selalu p mengopi...... pak chik mohan ... panggil kami sekeluarga ke rumah nya ..bila meraikan hari kesyukuran.......lela anak pak chik mohan selalu nak ajak aku tengok cerita tamil....sampai aku kenal pelakon2 yang misai tebal....
banyak lagi kenangan semasa aku kecil dengan sahabat2 yang berlain bangsa dan ugama...dan kami tidak menghadapi masalah langsung....aku pernah di marahi olih jiran ku yang bukan sebangsa dengan ku...kerana aku bermain di tepi parit..kalau dia dengki dengan aku kerana aku bukan sebangsa dengan nya..dah tentu dia biarkan aku bermain disitu..biar aku tertungging dan mati kembung di dalam parit tu...
tapi hati dia orang bersih..tak mahu benda yang remeh temeh..tak macam orang2 kita.bila marah saja..terus maki..biaq hang p mampuih..senang aku hidup dalam dunia ni..tu baru nak terlanggar ayam dia dengan basikal kecil..ayam dia lebih berharga dari persahabatan dia dengan jiran dia....
aku kenal wayang cina opera pasal aku di usung olih jiran aku untuk pergi sama2 menonton..dan aku kenal kawade kerana aku juga diajak untuk menabur bunga bila kawan aku menarik kereta lembu bersama ayah nya di dalam pesta itu........
tak kafir pun aku..tak murtad pun aku..pada aku itu adalah game..almaklom dulu kan kurang permainan ..dan kami seronok bila ada pesta macam tu...aku selalu tunggu bulan hantu cina..kerana hanya bulan tu sahaja ada opera cina...aku seronok sangat..aku tak kena pun sampuk hantu..pasal keluar malam2 kat situ..mak ayah aku mencari rezeki di situ menjual sate dan minuman...ramai lagi orang melayu yang di bagi tempat berniaga..hanya untuk sama2 meraikan pesta itu...tak dak pun yang kena kerat sampai lapan....bila kami duduk dalam komiti mereka...kami saling menghormati sesama lain ..hingga ke hari ini...jadi sejak bila rakyat melaysia berpecah..aku tak rasa langsung hingga kehari ini...kenapa sibok nak satukan orang 2 yang tak berpecah lngsung?...hairan aku .. cara kita buat iklan tu dah macam rakyat malaysia ni dah hura hara dan tenat sesangat....kita tepuk dada kita ..dan tanya hati kita betulkah rakyat malaysia macam yang digambarkan?... macam dah tak selamat dah p tengok opera cina atau tengok kawade atau pun p tengok concert datuk siti.... kita nak satu kan adalah orang melayu yang selalu ada masalah ...bukan orang bangsa lain..pasal dia orang tak ada masalah dengki khianat.. dari pandangan mataku...
aku bersedekah pada umat islam di bulan Ramadan dan aku menderma kepada bangsa cina... bila tiba raya cina..aku tak rasa kafir atau haram pun buat macam tu..malah aku rasa puas dan tenang...aku tak rasa jijik pun memandikan anak kawan ku lela..semasa dia dilahirkan...aku tak rasa kotor diri ku untuk membersihkan darah nifas lela....kerana aku kawan rapat dia...ugama aku mengajar untuk berbuat baik bukan untuk bergaduh dan bermusuh..tambah lagi dia jiran ku...sanggupkah kami gadai persehabatan kami....hanya kerana peminpin kami bertelagah....?...kami tak akan berpisah malah persahabatan kami lagi erat...kerana kami mendahului peminpin majadikan satu malaysia dan berperikemanusiaan.....

((Qb..masih ingat pesan emak kawan Qb yang kuat beribadat.... selalu ke kuil...dia berpesan.... kalau pun kita tak nak buat baik ....tapi kita jangan buat jahat kat orang....apa tu?... satu malaysia yang gembar gemburkan?..nak tau lah...kalau tak tau tak bolih jawab cucu.. malu popo..}(macam mana aku nak kerat badan aku ..setengah malayu setengah cina)HAIII YAAAH...

Wednesday, September 2, 2009

Beaasaq dah anak chek,habis sekolah dah..











Qb minta maaf bayak banyak sangat kepada anka2 ratu ..yang Qb sibuk sangat dalam minggu bulan puasa ni tak dan nak menulis... ni Qb bagi gambaq anak perempuan Qb yang dah grad ..Qb bangga sangat ...comel la Dayana ni kan....