Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Saturday, January 31, 2009

kontrol kontrol kontrol

  • Apa jadi bila kita tengah bersiar siar di mall, dan kita di datangi orang yang kita kenal dan juga musuh kita dan maki kita ,marah kita dan menjerit jerit macam orang gila meroyan?
KIta kena kontrol macho,,kita kena diam dn buat buat hairan..kita jangan menjawab dan kita tinggalkan dia.Sebab dia memang gila meroyan.Dan orang keliling akan melihat dia tak patut dan memang tak propesional..dan orang akan kesian kat kita ..lepas tu kita tarik nafas panjang panjang pi makan dan seronok seronok..case close..dia akan merengkam kita tak da apa.tak ada apa...........
  • Apa kita nak buat bila kita jumpa.... suami kawan kita tengah makan makan, dan bergumbira dengan janda meletup manja pula tu.
Kita kena menyorok supaya dia tak perasan kita.Lepas tu kita pi tempat lain supaya kita tak di tuduh bawa mulut busuk..kontrol kontrol dan p minum air sejuk dan lupakan apa yang kita lihat tadi..Jangan sesekali pergi mengadu kepada isteri dia ,,,sebab cerita akan jadi bertambah tambah ..dan rumah tangga orang akan berkecai bucai....
  • Apa kita nak buat bila kita tengok.... anak gadis jiran kita bermanja manja dengan orang tua yang bolih dipanggil ayah di tempat terbuka .....
Kita kena bagi tau mak dia takut orang tua tu nak menipu dia..pasal orang tua tua ni banyak akal
budak budak suka nak ikut dan nak senang saja..tapi kalau mak dia kata kita jaga tepi kain dia ,kita biar kan .mungkin mak dia suka pasal anak dia selama ni tak berayah.Walau pun yang tua tu ayah orang tak pa ,,janji mak dia suka semua ok..
  • Apa kita nak buat bila kita tengok..... isteri kawan kita membeli belah dengan jantan lain .lepas tu lalu depan kita buat tak kenal dengan kita.
Kita pun buat tak kenal dengan dia...lepas tu kita pusing tempat lain atau p kedai lain..dan mengumpat sikit;;;;padan la p shopping dengan jantan lain ;;laki dia tu kedekut nak mampiuh;; pas tu malas nak ikut bini dia pi keluar berjalan jalan...padan muka laki dia berkira sangat dengan bini..dok nasihat banyak kali pun tak mau dengar..aku tak campur ....
  • Apa kita nak buat bila ......bila kita lihat suami kita tengah pegang hand bag perempuan lain, dan buat tak nampak kita.
Kita pi tegur suami kita mungkin dia tak perasan kita kut... dan kita buat tak nampak yang suami kita tengah pegang hand bag perempuan lain..dan kita buat buat nak terkkencing sat dan bagi hand bag kat dia suruh dia pegang juga...konon konon kita tak nampak apa yang berlaku tadi..kontrol kontrol..lepas tu kita pi kat dia buat kalut kalut nak pi tempat lain konon tak nak dia ikut kita..pasal tak nak kacau daun dia...tapi tunggu balik rumah kita buat dia jeruk...tapi belum balik pun dia dah jalan atas angin....aku grenti punya....jangan lupa masak sedap sedap sebelum bgi hukuman............
  • Apa kita nak buat bila dalam bag suami kita .Kita jumpa barang barang perempuan yang lebih canggih dari barang kita..
Kita pi senyum manja kat suami kita, dan ucapkan terima kasih kerana mengigati kita dan terlalu menyayangi kita..dan membeli barangan yang kita tak sangka ..Jangan langsung buat muka merengkam walaupun kta tahu barangan tu bukan kita yang punya..dan puji lah suami kita ..katakan yang taste dia melebihi taste kita tentang barangan perempuan...lain kali kita nak dia memilih barangn yang kita nak beli.. kontrol kontrol
  • Apa kita nak buat bila Isteri kita di hantar pulang olih jantan lain pada pukul 3 pagi.Pas tu bergudnite gutnite pula.
Kita harus menangis pasal bini kita dah tak sayangkan kita...dan tak lama lagi kita akan jadi duda..dan susah nak laku..lepas tu nak keluar duit sekali lagi nak p meminang anak orang..Orang akan tunjuk dengan mulut..tuu..tuuu..bini dia tinggal dia ikut jantan lain...
  • Apa kita nak buat bila kita dapati kawan baik kita ada hati kat suami kita..janda lawa pulak tu.dan suami kita pun melirik juga mata dia kat kawan tu....
Kita nasihat dia dan bagi tau kat dia..hang jadi janda sorang sudah lah..jangan aku pun hang nak janda kan..tapi kalau laki kita pun gatai sama kita memang tak bolih buat apa...kita bagi la depa menikah,,kita dapat madu dan akan merengkam sampai tua,,,jadi kita pilh lah nak merengkam ka nak meninggalkan suami...ok elok lah kita pilih hidup bersama suami kerana kita bolih membahagiakan suami kita..dan menyelamatkan satu janda,
jika janda tu tak mau bermadu dengan kita tak apa..kita chili kan dia sebab mengada sangat..dah ambil laki orang nak buang orang pulak....yang laki pula jika dia sayang kan kita dia tak akan madukan kita..jadi dia memang sayang kan janda tu sebab tu dia tak kisahkan perasaan kita terguris asal kan janda tu terjaga,,,,orang jantan dapat bini muda lah katakan..
  • Apa kita nak buat bila isteri kita kata kita tak Ghairah lagi..
kita kena p cari tok bomoh nak berubat lemah tenaga batin..beli tongkat ali satu kebun..beli jamu 10 kotak ,selalu minum kopi jantan.

Tuesday, January 27, 2009

ELIYN AND NISA














Mari lah main main dalam bilik kita...Nanti
kemas balik tau...jangan sepah sepah..


















Popo pun ikut pose sekali dengan ibu Nisa
ia itu Nina...Nina yang riang














Bilik awak ni tak ada teddy bear besar ke? yang
pakai skirt jean tu tanya,,....
Ada abang kita ambil bubuh dalam bilik dia..
Kenapa?......Tak tau....














Nanti kita cite lah sekarang pose dulu ok...
yang pakai baju kurung tu suruh

CHIK TUN BUAT KENDURI KAHWIN ANAK BONGSU DIA














Teman rapat ibu pengantin perempuan ..
adik Lyna di..Parit Buntar....














Kucupan dari anak kesayangan chik Tun..
Chik Tun pun senyum meleret...seronok
jadi mak pengantin...tak lama bolih
bela cucu....














Mempelai yang ceria sepanjang masa..selamat
Pengantin Baru semoga bahagia hingga
ke akhir hayat...Buat UN dan Lyna..














Cantik menarik kau memang dembam..














Inaaaaaai huiiiiiiiiih macam kain batek















cara tempek inaiii orang dulu dulu..
BUKU HARIAN QUEEN BEE

SELAMAT TAHUN BARU CHINA

KONG HEE FAT CHOY>>ANG PAW LO LOY>>..Bila tiba malam tahun baru china,aku mesti teringat masa kecil ku. Aku menanti hari kegembiraan itu dengan penuh kebaikan yang aku lakukan.

kena buat kelakuan baik ,tak bolih pukul adek,tak bolih tidur lambat,tak boilh makan nasi minum air dalam masa yang sama,tak bolih pergi main balik magrib.tak bolih punggah baju yang mak dah susun,tak bolih try baju baru untuk kong hee fat choy 10 kali satu hari,kena tolong mama bila diperlukan,dan tak bolih muka masam bila di suruh pergi ke kedai. SEMUA NYA PASAL AKU NAK P MENYAMBUT TAHUN BARU CHINA DENGAN SEPUPU AKU DAN KELUARGA MAK AKU DI SEREMBAN..ANG PAW,,,, ANG PAW ,,,,ANG PAU,,,KUEH PAW.



Pada malam tahun baru tu ,aku tak sesama dia orang bermain merchun.Tapi aku di belakang dapur nenek aku .Aku lihat mak mak sedara aku sibuk di dapur,kehulu kehilir mengemas sisa sisa makanan yang kami sekeluarga makan besar tadi..

Makanan kegemaran kami adek beradek adalah ayam masak ponteh,Nenek aku pandai masak

ayam tu.Memang masakan tadi mengembung kan perut aku yang montel ni.Umur aku pada masa tu 10 tahun..Kenapa tiba tiba aku jadi sepi di malam tahun baru tu.Aku pun tak tahu semua orang berkumpul di depan memeriahkan malam kebesaran tu.

Dan sedang ku duduk saorang diri ditengah rumah tu ,yang ada pintu tengah dan boleh keluar.Aku pun keluar di taman nenek aku.Aku nampak ada galah, ada pisau dan pokok betik..JENG>>JENG>>....Apa aku buat..Aku buat benda yang akan menaikan kemarahan tok nenek aku..HAAIIIIYYAAHHH...Siapa kait buah betek muda Gua hhaah?...Gua mau simpan betik tu..

Ni mesti kerja anak pompuan si YOK LOON tu..YOK lOON ada lah nama iibundaku sebelum dia memeluk ugama Islam.. YOK LOON""""YOK LOON"""Lu tengok apa anak lu buat malam malam buta ni..Bayangkan kalau betik tu jatuh atas kepala dia macam mana? .Besok kita mau tahun baru Mama tak nak cucu mama masuk hospital...

GUA mau angkat balik itu ANG PAW yang gua bagi sama dia...Biar dia rasa tak ada duit..Kita esok pergi jalan tinggal dia kat rumah sorang .Biar dia tak dapat ANG PAW..

POK PEK... POK PEK...baba Melaka tu beleter kat aku....Memang tak seronok langsung tahun baru yang dah jadi buruk kat aku..Dan kelakuan aku yang buat baik sebelum tahun baru tu pun rugi macam tu saja ...Semua hanya kerana aku yang tiba tiba jadi boring dan buat benda yang nenek aku marah,,HISH HISH>> Aku akan jadi baik lagi tahun depan.......

Sekarang sama ada anak aku, anak buah ,aku atau cucu aku mereka akan semua dapat ANG PAW .Walaupun mereka tidak berkelakuan baik seperti aku dahulu...

KONG HEE FATT CHOY AKU UCAP KAN KEPADA SAUDARA MARA AKU DAN KENGKAWAN AKU YANG LAMA TAK JUMPA.SEMOGA TAHUN BARU INI MEMBAWA KEMEWAHAN,KESEHAHATAN,KEMAKMURAN DAN PANJANG UMUR ..... UNTUK SEMUA WARGA KETURUNAN CHINA DAN SEWAKTU DENGAN NYA..

Tuesday, January 20, 2009

Mee udang padang kota


Hari tu aku lapar sangat ,tak tau la nak makan apa..
dok angan angan nak makan ketam rebus dengan ayaq asam.
Buh cabai melaka banyak banyak.
Pas tu makan dengan nasi lembut sikit panas panas.
ketam tu kita buat sup saja, tapi kena bubuh serai untuk
hilang hayir ketam.
aku pun pi la kat peti ais nak ambil ketam yang aku simpan
dah dua hari.Tapi masih fresh lagi.elok saja aku ambil barang
barang yang nak buat ramuan dia...dengar lah lagu ruang rindu
kat hand phone aku...

Hallo oii hang kat mana?...jom kita pi makan mee udang kat padang kota.
udang dia besaq besaq tau.kita makan kerang rebus sekali.jom la ..jom la,,
La....Ella rupanya yang dok tepon aku...sampai tak dan aku nak jawab...
Ok,,, la ni aku kat rumah dok tengah nak masak ketam nak makan dengan ayaq asam.
Hang mai la makan sekali.../Aku tak mau lah nak gisil ketam tu cik B oii,,lagi pun ni dah petang kan, hang makan ketam buat apa tak sedap.
Kita mesti pekena mee udang la,aku teringin nak makan kerang rebus sekali. Lama dah tak makn ni....
pok pep pok pek si Ellla tu duk ajak aku..

Semua kena ikut cakap dia..Padan la laki dia lari tak larat nak dengaq mulut dia pok pek pok pek....hups jahat nya
mulut aku ,sat gi kena tenyeh dengan Ella baru padan muka aku.

Aku pun simpan lah ketam tu...Dengan rasa nak kempunan...Tak pa lah..malam sat gi aku nak masak juga. konon konon merajuk hati..

Aku pun call la Kawan sorang lagi nak bagi cukup 3 orang baru sedap nak mengumpat ka nak mengata ka.nak bersembang gelak deras deras pun bolih...biar kat kami la nak buat apa pun kan.pasai kami lama tak jumpa....

Tapi kan... bila dia turun dari Kl Ellla tu..Diam diam tok ..tok.. dok buat hingaq kat tanjung ni .....
tak pa lah kengkawan kita .bisingka,kalutka,semua manis tapi kalau bukan kawan kita tak tau la apa kita kata nu....semua tak kena kut...Dia bagi kita gula pun kita kata dia bagi cabai ,busuk perut betui nu orang pompuan.....

mesti kita kata tengok lah jandatu.... gatai merenyam mengedik %?&^%$#&^^ZZZZZZZZZ ...tunjuk dengan mulut panjang macam kuih ca koui....
Tu kalau janda tak lawa.. kalau yang lawa ka...siap depa buat fitnah dok kata
gila kat laki depa...macam lah laki depa du elok sangat...Depa tak tau laki depa tu yang merenyam .....kesian janda..

Tapi cik bee selalu support mak janda ni pasai depa pun baik cuma
depa laki lari saja...pas tu depa nak ada bpoy pren ka biaq la kat depa
tak kan nak suruh depa p bunuh dira kut..tak patut..siapa nak jaga anak anak depa...



La...dia semees aku pulak nak mai rumah ambik..Apa la Ella ni aku dah stert kete dah....
tak pa lah ..semua aku nak buat hari ni dia halang.Tapi bagi aku senang ok lah juga.
kalau tak aku memang peluku kepala dia.

Oi hang selalu lebih lawa pada aku cik Bee oih..Awat hang tu tak lawa ka?
hang tu lagi lah kena lawa pasai dah jadi janda resmi kan....kalau tak lawa Ella oii....
Macam mana aku nak kemeren hang kat kawan kawan aku.....
Dari tahun lepas cik bee oih hang nak rekemen kat aku..tapi sorang jantan pun tak dak.
Mana p jantan kat dunia ni hah?? macam pupus saja..

Depa ada tapi aku tak berani nak kemeren kat hang..PPPasai apa cik bee?
Pasai.... aku takut depa lari bila tengok hang..mentenen tinggi sangat..pakai listik yang rega rm200..pakai beg,baju,kasut,celak semua yang ada kat hang, mahai rega dia,,,
Jom kita sambung sembang dalam keta.Nu,,kawan kita dah sampai kat padang kota dah......
sekali lagi aku dengar lagu ruang rindu mendayu,,,hallo haa..haa.. aku nak sampai dah la ni ..Hang pa kat mana oii?..ni dok tengah parking ni..

parking senang dak hari ni aku tanya edah...Aaallah belambak kereta dok meloncat atas jalan,,
pasai dok awai lagi,,
mek Ella ambik hang ka cik bee?... Ni dok ada jadi kera lam keta aku.. Aku pilih kat tepi pantai belah kanan tempat kita selalu
duduk ,yang hang suka lah tu..kat situ mee udang dia sedap .Udang dia besaq besaq...lepas
tu aku dengaq senyap suara Edah tapi bising keliling....Ella oih dia buat laggi...
buat apa? Ella tanya...tak tutup handphone dia mekEdah tu...satgi habis rasia dia orang dengaq....la dia oder dah ....elok lah aku pun dah lapaq mengetaq dah ni..jom la kita tibai ...
Ella..hang dah oder kerang rebus belum ?,,,SAT GI KEMPUNAN pulak ORANG kl ni....
Ni besok hangpa dua mai makan tengah hari kat rumah aku ok... laaa,,, aku nak pi
kedah esok malam...oii Lela aku ajak hang lunch la kera..hang kena mai tau..ok lah kak kera
aku pi lah rumah hang esok boleh tak cek bawa pujaan hati?...lain kali boleh ,,kali ni tak boleh .....
aku jemput ong pompuan saja....mai tau... ..

........................................................................................................................................................................

Tuesday, January 13, 2009

Oi makan kalu kiri kanan tak nampak sapa

Tu dok ambik lauk dalam pinggan aku buat apa...orang
lapak macam hang juga...oii bukan kute lauk tu.... tunjuk
gelang baru dia...jangan marah la Puan BIBI oii melawak aja..
Yang baju merah tu tak ingat apa dah......... dia dok suap pasai lapak
sangat ...




HA yang ni dok dengar aku dok bersembang ,pasai nak hasut depa toksah
balik Langkawi pasai nak p makan mee udang pulak...pasembur..la macam macam lagi
biar makan sampai bulat.Tapi depa ni tak makn hasut depa balik juga...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Oi kami sampai dah kat jetty ni.Hangpa mana ? cepat la sikit mai ambik kami.
Oi hang pa tau dak kami ni dak busuk kat sini tunggu hangpa .Kami dah nak naik lory
dah ni.Bibi la dok beleter pop pek pop pek..

Ha la aku nak sampai dah ni ,nak p ambik hang la
sabar sat ,ni on the way sungai way lah ni.yang kak tu lambat sangat pasai apa?
saja aku nak lambat nak bagi hang panas luar dalam ..aku jawab.

Ok yang hangpa dok kalut sangat ni pasai apa? aku tanya depa
La kak ni kami dari langkawi tak makan dari semalam kak tau dak...
nak mai Penang nak pekena nasi kandak la,yang kak
tu lambat sangat mai ambik pasai apa.....

pasai aku tak lapak dok kenyang lagi,makan nasi lemak pagi tadi.
Ok jom kita buat apa nak buat dulu pas tu kita p makan ok ...aku kata.
Ok kami nak p makan kat bukit jambul estoren kayu cabang.
Tak mau pi makan tempat lain dah.....Pasai dah niat dari Langkawi.

OIH..............hang pa ni macam nak p haji pakai niat pulak.
Ok lah jom kita p makan.Kami pun dah sampai kat estoren
tu,kami Q lah 4 orang kami,Aku,BIBI,CHIK BAYAN,ANI ambil nasi, lauk
dan macam macam lagi
yang bermutu tinggi dan rendah di situ.Sambil makan sambil mengumpat
biasa lah orang pompuan tak mengumpat tak sah.Apa yang tak sah pun aku
tak tau.
BIBI belanja.. sedap lah makan
duit toke.
Hangpa percaya tak lepas depa makan, depa p balik Langkawi dengan kereta baru
depa ,yang sebelum p makan depa dah ambil kereta comel tu.

TERIMA KASIH BIBI belanja makan.

Monday, January 12, 2009

Se;lamat tahun baru semua kena baru

Memang seronok duduk bergebang lagi lagi kalau ada isu semasa ,
yang kena mengena dengan
orang yang kita nak kata dan kita kata sedap sedap.
tu nama dia mengumpat .tapi mengumpat positiv la seronok seronok,
kata pun adik beradik kita juga.setengah hari pun tak rasa kan
Kalau kuih sedap macam ni kena pula ko O huih duk 3 jam pun tak pa .
Janji ada benda sedap nak menguyah.Nampak macam kopi kampung tu.
.......................................................................................................................................................................

La lama nya tak menaip ,rasa dah keras tangan dengan otak sekali.Ni Qb nak cerita pasal tahun
baru ni. Semua kena baru.

Prangai baru.
A) aku berazam tak mau p ikut kawan p mengumpat
sampai 3 jam.sejam dua tak pa.Tu pun kalau tempat duduk selesa
makanan sedap ,topic bagus.Bukan pasal cerita mawi & ikin,cerita abby & norman atau
cerita politik.tak mau tak mau cerita tu semuanya boring.,dan akan mengurangkan
selera makan.

Kalau cerita macam mana nak masuk duit 4 jam pun tak pa.
Kalau nak mengumpat mestilah orang yang kita kenal.
kalau tak kenal tak mau, sebab tak bolih nak tampar muka dia dalam
kepala otak kita bila kita geram.

Selera baru......
....Selera pun mesti baru juga.Macam nak berfeshen gaYa baru,
macam artis Hongkong gitu. P pasar pakai kasut tumit tinggi 4in.
Pakai baju lengan panjang macam opera cina labuh sampai ke tumit

pakai seket labuh macam filem hindustan,pakai rambut palsu macam era fazira.Make up macam artis indon gitu khelass aku.Jalan mesti macam kucing capek kiri kanan
kiri kanan.Ala ala model.

Tu baru nak pergi pasar tu ,tapi pasaraya bukan pasar borong.
Belum p majlis mengumpat lagi.majlis kenduri,majlis enjoy gila dan banyak lagi majlis yang baru baru.Hi Hi seronok nya baru awal tahun dah banyak majlis dah.

Pakaian baru.....
..Kita tukar semua pakaian kita ,HUPS bukan tukar pakaian maksud aku tukar warna pakaian.kalau dulu kita pakai warna warna yang alami.
Sekarang kita pakai lah warna warna cerah,yang bila kita keluar dan kena saja matahari, ranting, rumput , lembu ,kambing ,
bas stand apa saja yang ada di tepi jalan semua kena fire.
maksud nya ,dari jauh orang dah nampak kita terang benderang .Bukan nak menunjuk tapi nak iklan.

Fikiran benda baru baru........
...kita kena fikir yang baru saja.Yang lama dan tak tercapai tahun lepas lantak lah.
Kita fikir macam mana nak cari kawan, yang langsung tak ada masaala kehidupan walaupun umur dia dah capai 80tahun. Dan yang langsung tak pernah pergi ke bandaraya Ipoh, walaupun umur dia dah 70tahun dan tinggal hanya 20km dari bandar itu.pasal apa dia tak p kat pekan tu yang macam macam ada.
orang tak bawa dia ka mak cik tu?. aku pun heran lah,kesian kat dia.tapi sebelum ni tak pernah fikir pun yang KFC tu semua orang tau .Ingat semua orang dah rasa kesedapan ayam goreng KFC.Rupanya ada yang tak pernah dengar pun apa itu KFC, walaupun dah ada kat bumi Melaysia kita ni lebih 30tahun.

Dok fikir juga macam mana nak buat ayam panggang ,tapi rasa macam lepat pisang.Kawan aku cakap dia buat bolih .Dia pakai tepung apa dia tak cakap pun.Dia pakai ayam apa pun tak cakap.Ayam tu sembelih ke dak ke dia tak cakap pun.Macam mana aku nak buat ayam panggang rasa lepat pisang?..
.kalau tak sempat fikir tahun ni aku forward tahun depan;janji;;.
Macam mana nak kuruskan badan pakai daun kelapa sawit.Ni lagi satu minah ni, hantar sms merata, cakap yang dia turun 10kilo pakai daun kelapa sawit saja.Betui ka minah ni?..

Pas tu tak mau cakap macam mana dia buat ,duk bagi kita fikir buat apa? .Nak rebus ka ?,nak rendam minum air dia ka? nak campur dengan nasi ka? nak buat macam mana mariam oiii? nak buat bunga rampai kut.buh dalam kereta hidu lama lama bolih susut badan kut. banyak nya kut kut dia .

Tak mau cakap pun tak pa lah.
dan banyak lagi kita kena fikir untuk tahun 2009 ni.Tapi yang nyata nya tahun lepas punya azam masih carry forward dan ada yang aku dah lupa apa dia.Lagi pun masuk saja tahun baru tahun ni aku terlalu sibuk sampai tak sempat nak mengadap lap top aku ni.
Tapi sekarang QB kembali ..ye..ye..ye..