Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Thursday, December 31, 2009

kenangan manis 2009 dan azam tahun baru2010



happy new year to all my lovely friends.wish you all a fresh year,fresh hopes,fresh plans ,fresh efforts..may 2010 brings you health,happiness,success and prosperity..i love you my group.ilove you all so much.. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010..SEMOGA KITA SEMUA AKAN LEBIH SIHAT,BERKEUPAYAAN,RIANG,BERFIKIRAN TERBUKA,MENGHABISKAN AZAM YANG DAH LAMA TAK PERNAH TERKESAMPAIAN..DAN BERJAYA DALAM APA SAJA YANG KITA MIMPIKAN..SALAM SAYANG DARI QUEEN BEE..SALAM SEPENUH HATI YANG MULIA LAGI SUCI..KEPADA SEMUA PENGIKUT BLOG INI MARI KITA JERIT..HAPPY NEW YEAR 17 KALI..WALAU PUN TANPA BUNGA API...(LOVE QB)

baru saja jerit happy new year .dia dah mengantuk ..macam mana nak berazam..qb..qb..qb..bangun..cepat kenapa p tidok kat pelantaq orang..


azam baru depa nak tangkap gambaq kat mana saja depa berada..nak buat stail dulu2..



bunga balung ayam..tiap taip kali qb p mana2 kampung mesti nak ambil benih dia .dan berazam nak tanam..keran qb suka sangat dengan bunga balung ayam ni.tapi tak pernah semai pun,azam tak kesampaian...


nak p melawat ramai lagi kawan pada tahun ni ..ini adalah azam yang pertama yang mesti qb lakukan..tak kisah kat manapun dia orang duduk walau pun ceruk tok kun...


depa ni tak tau lah ada azam katak.tapi yang tengah tu yang pakai baju putih .berazam nak menikah 3..yang baju hijau tu tak new year pun duk berazam..tapi tak pernah bagi tau orang apa azam dia...yang duk pegang kipas tu..azam tak capai lagi dah menagis sedeh..


apa zam anak lat ta li lat ni..tapi qb berazam nak main gili dengan depa ,bila balik kampung nati..nak kalah kan depa ..supaya depa menangis selop..depa ni duk kat tangjung piandang..anak2 busra...

apa azam pakandak pada tahun ni..mungkin nak buka restoren ala perancis kut...ais kacang satu..oi dia bagi 3 sekali..baik hati pakndak ni...


azam depa nak race kuda..macam cerita p.ramli


dua beradek yang terpisah..sorang kat korea..sorang lagi kat burma..azam depa nak balik ke malaysia pada tahun 2035..bila semua dah tua dan banyak duit...



depa ni berazam nak jadi kumpulan muzik terkemuka..mengalah kan kru...dan akan memulakan memulakn aktiviti di rumah orang kahwin dan sambutan hari jadi di seluruh kelantan..


telah tercapai azam ..dan sekarang menjadi pensyarah sambilan di facebook..dan begitu terkenal di kalangan kawan2 nya yang berjumlah 30 orang...berumur 63 tahu..dan menyambut hari lahir nya di hari new year ini.SELAMAT HARI LAHIR POPO..


berazam dapat pakai lagi baju flower girl ni..tiap2 tahun..


dua berwajah comel..ala sponge bob..berazam untuk mengecilkan wajah..supaya tak banyak guna bedak..sebab meraka ini tergulung dalam ketogeri wajah kesayangan hamba..(lebaq)akan dipinang olih jejaka idaman yang tak mempunyai lagi azam untuk menikah dalam waktu terdekat...depa tunggu saja lah..dan kalau tak masuk meminang jga mereka tak kisah..sebab banyak lagi jejaka yang akan berazam untuk memiliki mereka..


aku berazam untuk tak mau menikah lagi..wahai isteri ku..kau lah yag aku sayang buat masa ini dan selamanya...


aku berazam akan menjadi orang tua seperti mereka .cantek lawa canggih.bergetah.berkemampuan..bila aku capai seumur mereka nanti..tapi sekarang aku mesti belajar dulu untuk mencapai impian aku..aku masih kecil rasanya..bila ibu aku meriba aku...


aku berazam nak xantek lebih pada orang yang ada dalam gambar2 in..cantikan aku..siap pun tak bolih mellawan aku..kerana mereka cantek kosong aku cantek berisi..(ada aku kesah)


aku berazam nak beli kapal terbang sendiri,,supaya senang keluar dari pulau ini...aku akan jadi pilot sendiri.tak payah bayar gaji orang.save..save..(qb.tapi hang jangan terbang atas rumah aku tau.)


qb nak buat berkelah kat rumah sebulan sekali..azam ni..tapi kalu tak buat tu kita kira azam tahun depan..

bolok bolok.ci popo da chia....




berazam akan mengurangkan mengata dalm blog ini tapi nak lebihkan mengumpat....berazam nak mengumpat benda positiv sahaja..kalau ingat.kalau tak macam biasa lah..mari mengata...


to my lovely sister ammu and family from france,,i wish you and your family happiness,prosperity,joyfulness,wealthiness,longevity and good health..HAPPY NEW YEAR.(''LOVE''' YOUR SIS ROSE''')..mis you all so much..

berkumpul dan berazam nak pose yang manja manja aja..tak prcaya tanya depa....

anip azam juga..nak balas dendam kat mangah yang selalu gigit anip..QB..berazam nak gigit anak2 kecil taun ni 30 orang...

Saturday, December 26, 2009

we wish you a merry x'mas &happy new year


we wish you a merry christmas, we wish you a merry christmas and happy new year...ho ho ho
ho ho..




ho -ho-oh jingle bells, jingle bells ,
jingle all the way, oh what fun is to ride,
in one horse open sleigh..oh oh oh oh ..

we wish if we can take home this ball..oh jingle bells,jingle bells jingle all the way...


may it bring for you gifts of love & joy too...merry christmas and a happy new year to all my lovely friends...love QB...

Thursday, December 17, 2009

p makan kenuri


depa 2 ni di datangkan khas dari bk bintang untuk memunggah baju lama qb ..

dah punggah satu rumah ..tapi tak jumpa juga baju yang nak pakai..



akhirnya dapat juga baju yang umur nya lebih kurang 12tahun..baju lama..baju abang sayang nama dia,,pasal zip dia duk kat belakang..jadi kita tak bolih buka sendiri..qb tengah duk cari kad jemputan,,dan kunci rumah...selalu macam tu..tak pernah nak bersedia..masa kita nak kalut tu lah talipon nak bunyi..tu lah yang duk punggah satu beg tu..dah biaat dah...


kasut pun kasut lama..bolih macthing sikit pun tak pa lah..bukan nak p buat fasion show macam bby...bby tu lain lah...tapi bolih lah juga sesakali nak melaram baju lama...kita p jumpa pun kawan baru..jadi depa tak tau baju kita baju lama..mak pengantin tak perasan sangat..pasal dia kalut..jadi dia tak dan nak belek kita..sebab hanya dia saja kawan lama yang tau baju ni baju lama..


dah siap nak p dah kenuri kengkawan....
..............................................................................................................................................
////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
BAJU LAMA ORANG PUN DAH DEKAT LAMA JUGA..

bila kena jemput makan kenduri kahwin aja,,mulalah makcik minah.kiah.leha.melah,maksom tijah....semua sebuk p kedai kain nak p beli kain baju kurung ke..kebyaka..nak pakai yang baru saja..
kalau tak tempah tak sah..walau pun kain murah ka..kain hutang ka..kain modified ka..takpa semuanya..tapi mesti jangan sama dengan orang lain..lagi2 jiran yang terdekat..hush....bolih sentap kepala,,macam kura kura..

aku pu tak lepasla peluang ni ..aku tengok kad yang dok kat meja solek aku..ok ada 7 kad..semua kawan baik..tak bolih elak punya..mesti p..mesti p...
ni kalau nak tempah baju ni ah so akan ambil masa 1 bulan..macam mana nak buat ni..
aku pun p la punggah baju dulu2 semua pun cantik dan berseri...

aku pilih 13 helai...satu..satu..aku try..7 kali aku menjerit..kerana ,ada yang tak bolih masuk pinggang..tak bolih zip..tak muat tengkuk..lengan sendat..nasib baik aku jumpa 5 helai yang bolih pakai..aku pun menerailah...ok juga .baju ni elok lagi..walau pun dah 13 tahun..yang paling baru kat almari tu ialah berumur 7 tahun masihi..
tak kisah lah janji aku ada baju yang nak di pakai di hari mulia perkahwinan anak kengkawan aku...aku bergumbiralah...

Thursday, December 10, 2009

beli dah ka?



haaaaaaaa..ambik hangggggggggggggg......dia mai pindah dah kat rumah qb....

pagi semalam aku terbangun lewat pasal tidur pun lewat...tapi selalu tidur lewat pun tak lah bangun sampai medak..aku bangun saja dari lena ku ..aku terus p kebilik anak2..oiii mangkit oiiiiii.good moringgggggg..good morninggggggggg sinderela..dah tentu anak dara 2 tail tu marah..pasai pada depa bangun awal tu akan menyakitkan badan dan pening lalat..pasal depa pun tidur lepas subuh...
tak ada lagi istilah anak dara kena bangun awal..pi telaga angkut ayaq, pastu kukuq nyok, nak buat sarpan..pastu p sungai basuh kain subuh2 buta..tu la yang selalu hilang buaya sambaq....bila hilang orang kampung akan p cari, dan depa akan p kawtim dengan orang bunian..pasai orang kampung ingat orang bunian yang berkenan kat anak dara depa....yang pasti anak dara depa yang pagi tadi basuh kain, dah di baham dek buaya...
tu cerita anak dara orang dulu.cerita anak dara la macam ni pulak..depa lagi rajin dari anak dara dulu..depa tak tidoq langsung..depa tidoq selepas subuh..depa tak sarapan pagi pasai depa sarapan dah dalam pukul 3pagi macam tu...jadi depa tidoq siang depa berjaga malam..macam pak gad...
eh aku ni dok mere[pek pasal perangai anak dara pasai apa pulak ni?...
dengan muka masam masam manis ..depa pun mangkit la ..tannya apa yang aku duk kalut sangat pagi2 buta ni..
bangun lekas mami nak ajak hangpa p beli peti ais...la mami ni peti ais ,peti ais.peti ais...
tak habis ka lagi ....
oii hangpa mangkit lekas .jangan dok malas sangat...nanti aku bawak balik peti ais ..hangpa jangan duk bubuh apa pun...dalam peti ais aku..ngerti,,ngak?..

ok depa bangun awal hari tu ..depa bangun pagi lah kiranya..pukul11.59 am..
lepas mandi manda kami pun p la cari peti ais kat kedai dekat saja..pilih tu..pilih ni..pilih la pilih..macam pilih buah durian..
akhirnya,,kini pasti..kau ku idam kau ku beli...kami semua gembira kerana sudah settle satu masaalah negara bangladesh...
mai la rumah qb..makan buah2an segar dari ladang..

Tuesday, December 8, 2009

peti ais


yang anak dara ni ..aku suruh dia p beli peti ais ..dia p beli mesin jahit..sekarang mesin jahit tu dah duk kat rumah..satu apa pun dia tak jahit...tekun betui dia belajar masa kat kedai tu..tapi bila balik rumah nak masuk benang pun dia tak reti...

Aku cukup bermurah hati nak memberi sedekah kepada sesiapa yang memerlukan..jadi aku pun tengoklah disekeliling rumah apa benda yang patut di sedekahkan.jenguk puya jenguk.jenguk punya jenguk..mata aku tepaku dekat peti ais aku..dalam hati aku berkata..haih'' tak kan nak bagi sedekah peti ais kut?..tapi apa salah nya nama pun sedekah kan..

jadi aku pun keluarkanlah isi yang didalam peti ais tu dan bersih kan nya..aku pun panggil lah lori mai angkat..lori pun.. p lah bagi dekat alamat yang aku tulis tu..jadi selepas peti ais tu di bawa pergi aku jadi apa?..ha ha ha aku jadi bodo..pasal aku tak beli peti ais ganti lagi..barang yang aku punggah tu nak letak kat mana?..

.aku pula mula packing barang2 yang bermutu tinggi dan rendah untuk di sedekahkan juga ..tapi di mana ya..tentu lah ke rumah sanak saudara yang terdekat...

aku pun sebok lah kring sana kring sini ..minta sesiapa yang ada ruang lebih dalam peti ais depa..aku nak bagi lah barang2 aku tu..

lepas tu.. aku pergi lah.. jalan2 sampai la 2 minggu..tak ingat dah pasal peti ais aku tu..aku p sana ..p sini..cerita peti ais langsung tak dak dalam kepala otak aku..
nak ingat apa lah kat peti ais tu kan..bukan kawan2 rapat aku pun..walau pun satu hari aku buka dekat 2okali...

bila dah habis jalan2 cari makn ..aku pun balik lah kat rumah..selalu nya bila balik rumah aku akn buka peti ais..dan aku pun buat benda yang sama.
aku berjalan kedapur dan buka lampu..sebab malam baru sampai rumah..aku p ambil cawan dan pusing ke belakang aku..kerauuuuuuuu..kerip..menjerit aku..mana p peti ais aku..miyaaaaa..mana peti ais mami..hangpa buh kat mana?..

aku bolih terlupa sesaat yang aku baru saja sedekahkan peti ais aku kat alamat yang di tuju....
la aku nyayuk ye ye ye ..aku nyanyuk ye ye..
miyabergegas turun dan tanya aku..peti ais mana?..bila mami beli peti ais baru?...

aku pun terkakah kah kah..kelakar rasanya cara lawak bodo aku untuk aku..bodokan aku?.
duk esok tu aku pun p lah shoping peti ais..dah seminggu aku shopping belum jumpa yang aku nak..
laki aku kena p pasar setiap hari kerana tak dak tempat simpan ikan..yang ada hanya peti ais kecil untuk simpan makanan ringan dan buah buahan...itu pun nasib baik lori penuh hari tu..kalau tak yang kecik tu pun aku sedekah sekali..

hari ni 7/12/09..masih tak jumpa peti ais yang aku suka lagi...esok aku mesti p beli peti ais bawa balik..bukan p shoping2 lagi...
kita tunggu dan tengok peti ais qb yang baru..tak tau kat kedai mana lagi ni nak p beli...tunnnnnguuuuu...

(peringatan kalau baik hati sangat..jangan bagi barang yang kita perlu.. sampai kita pasti kita tak akan menggunakan nya dalam waktu terdekat)

Thursday, December 3, 2009

guna guna asli


Sakun anak lelaki sekinim tuk batin kuala renggang.
pakar ubat guna2 yang paling laris di pasaran masa kini...lebih laku dari kopi tongkat patah..
...............................................................................................................................
cakap saja pasal tuk batin semua orang akan ingat ubat senyonyong sakun...kerana hanya sakun saja yang bolin membuat ubat senyonyong dengan begitu mujarab.(kata orang yang terdesak)untuk menyakin kan orang tok batin mesti ada tengkorak kera yang di keringkan dan dipuja..bila orang2 terdesak tengok saja tengkorak kera depa ni dah yakin sesangat..'ini mesti jadi kalau aku kenakan dia..mesti dia ikut aku balik punya' .'.sombong sangat dengan aku nu..hang ingat aku sapa hah?..itu lah dialog orang2 yang terdesak ni..
dia begitu yakin dengan ilmu ilmuan ni..dia rasa dia ada power ranjer nak hapuskan musuh dia..dia nak calet minyak senyonyong sakun tu, kat musuh dia..
tapi jangan lupa tuhan yang lebi berkuasa dari segalanya...
yang nak calet minyak tu..kedudukan dia lebih dari tuk batin tu..tapi bila dia jumpa tuk batin tu dia jadi lebih rendah dan lebih hamba dari hamba tuk batin..
dia dah hilang akai gamak nya..
tapi tak kisah lah kan nama pun dia terdesak..baiar lah dia yang buat keputusan dia sendiri...kita peduli apa..kita pun bukan elok sangat...




sakun sedang berehat di banglow buatan sendiri kepunyaan ayah nya yang menghilang entah kemana..sambil menghisap rokok daun tebu dan tembakau buluh.juga buatan sendiri..

ni adalah gambaran tok batin yang tengah tunggu customers yang di pondok buatan sendiri. yang tok batin ni pun terkenal di seluruh pelusuk rantau olih orang berbilang bangsa yang terdesak.
mengikut cerita nya ,tok batin ni ada geliga ular yang di warisi olih ayah nya yang telah pergi meninggalkan kampung halaman 50tahun lamanya..
jadi sampai saat ini tok batih tidak tahu kemana ayah nya pergi.jadi dia pun tidak mahu mencari ayah nya lagi kerana tidak mahu membazir masa dan tenaga..kerana setiap kali dia mencari ayah nya pasti dia akan penat meredah hutan belantara..naik bukit,turun lurah.tergolek dog kat wter fal,eeh eeh pendek kata semua jadi tak seronok untuk tuk batin ni terjadi apabila dia mencari ayah nya....
jadi untuk mrngingati ayah nya dia pun menjadi tuk batin untuk menyervis orang2 yang terdesak adanya..

Wednesday, December 2, 2009

durian balek pulau ...



dereyan ni harga dia rm5 saja .tapi makan 5 orang muntah..punyalah sedap dan lembut isi dia .masuk saja dalam mulut terus hilang..macam gula kapas..


depa ni bukan tak pernah makan tapi depa ni kawai dan tamak ..bayang kan depa boleh makan sampai 2 biji sorang.mentang2lah orang belanja...(aku lah tu)

yang ni b pernah kerja kopek kelapa kat bagan dato..jadi untuk kopek dereyan ketaq dagu tak dak masaalah bagi dia...

Monday, November 16, 2009

cok kodok cempedak




Ha....sementara tunggu nak p mengumpat dengan kawan 2 yang cukup geng dengan qb..sempat lah qb bagi resepi dulu...
supaya dosa qb mengumpat jadi kurang sikit kerana membuat kebajikan memberi resepi untuk mak2 kat rumah gitu....sebenarnya qb hari tu nak makan cempedak masak ..tapi terlupa dan tak ingat bubuh kat mana cempedak tu..al maklum rumah berlaut..
qb pun hidulah bau cempedak tu..cari punya cari qb jumpa dia dalam tong yang penuh plastik yang tak pakai..
qb jumpa cempedak ni selepas 3 hari sepatut nya..siapa yang bubuh kat dalam tong yang penuh plastik pun tak taulah...tapi yang pasti memang tak sedap lagi nak makan begitu saja..tak seperti roti gardenia lagi...
qb pun merasa kempunan telur tembakul..kerana tak dapat makan cempedak mantah..tiba2 keluar bintang dari sebelah kanan telinga qb..seperti ada orang berbisik,,:hang buatlah cucok,,lagi sedap:..apalagi... qb pun buat lah cucok cempedak itu..;dan makan sampai lembab..enak bangat..

resepi cucok cempedak...

sebijik cempedak hilang dari simpanan
dua senduk gula
sedikit garam
tepung terigu
dan minyak untuk mengoreng.

cara nak buat cucok cempedak

buang biji cempedak.masukan tepung terigu ,garam dan gula..sedikit air suling..
gaul rata semua nya .dan panaskan minyak terus goreng tanpa henti....hingga habis...
selamat makan ditengah hari bersama teh halia..untuk membuang angin cemppedak yang menyesakan hidung...di nasihat kan makan sorang2...

Thursday, November 12, 2009

Ais krim



aku tak suka ais krim ..tak suka... tak suka....


tapi setiap kali aku ke kedai ais krim... walau pun setahun 3 kali..aku mesti oder ais krim pisang terbelah...(banana split)...


kadang2 aku oder ais krim rambut afro....tapi tak pernah habis aku makn..bukan tak sedap..tapi tak larat..pasal ais krim bukan makanan aku...



tak habis tak pa..ada tukang perabih...

Tuesday, November 10, 2009

sesat



aku tak tau la pasai apa..sejak kebelakangan ni kami bawa kereta asyik sesat saja..jalan yang telah kami lalui berpuluh puluh tahun pun masih sesat..yang tukang bawa duk tanya nak masuk kiri ke kanan..yang tukang jawab masuk lah sesuka hati mu...jadi kami selalu altawafi..dalam tempat yang kami tahu sesangat..pasal apa pun tak tau..selalu tak jumpa jalan kebenaran...


bila sesat kami akan gelak berdekah..kah dekah..pasai kami adalah mak adeh dan pak andeh yang sesat jalan..selalu sangat..yang menghairan kan tu ada gps..tapi tak pakai..pasal malas nak dengar cakap gps..aku cemburu dekat anak dara gps tu,,laki aku selalu dengaq cakap dia..tak mau dengaq cakap aku..tapi bila laki aku dengaq cakap aku kami sesat...
kadang2 aku ni memandai..rasa macam tau..tapi tak tau..tu la yang kami sesat selalu...



tapi tak pa lah sesat pun..kami bukan nak p mana pun..saja nak jalan2 tengok lampu..sesat tak jumpa lampu cantek kami tengok lampu jalan..janji kami seronok dan bahagia..walau pun tiap2 hari keluar tiap2 hari sesat jalan..nasib baik tak sesat ugama...aku rasa laki aku nampak jalan semua sama...dia ok .tapi bila aku kata "yang koner kiri..bila dia ikut saja cakap aku kami terus sesat jalan...pandai tak aku?....

Sunday, November 8, 2009

ikan cerahu bakar



ikan cerahu bakar yang dah siap di hidang....kenapa Qb panggil dia ikan cerahu..kerana dia di bakar dengan taufu....jadi nama dia cerahu..memang sedap dan lazat..makanan tengah hari Qb.




resepi ikan cerahu bakar..pergi market beli ikan cencaru 2 ekor..suruh toke ikan pesiang siap2..
suruh cuci bersih2.dan bawa balik rumah basuh dengan asam keping..dan tos kan..
lepas tu ambil 2 keping tauhu yang kras sedikit..dan di bakar bersama ikan cencaru...
ikan cencaru itu di bakar tampa bahan perasa .kerana kita akan siat dan makan tampa belas kasehan..dan cicah bersama air asam cili padi banyak ...yang sekor lagi jangan bakar takut tak habis..simpan minggu depan....selamat mencuba......

Tuesday, November 3, 2009

bakaq2


depa ni keluarga uluq sentap yang setiap bulan pergi berkelah di kawasan rumah tuk batin durian burung
depa juga hampir di rebus oleh tok batin kerana tidak ikut adat istiadat orang2 original di situ..
tetapi depa sudah pulang dengan selamat...kita gembira..

bila kita rasa tak selera..kita jangan susah..kita panggil anak2 saudara mai makan sekali..kita buat macam pegi bekelah,,kita buat bakaq segala haiwan yang berkaki satu sampai berkaki sepuluh,kita makan puas2..kita makan banyak..

lepas tu kita rasa masih ada yang lebeh lagi kita panggil pulak jiran kita mai berkelah dengan kita.kita masak nasi banyak2 .tak cukup beras kita suruh dia bawa mai sekali..tak cukup belacan kita suruh dia singah kedai..kita nak seronok 2..bukan nak dera.

kita buat macam dulu..orang dulu kalau p berkelah.depa mesti buat behoon..buat sandwich ala kampungan yang perah asam limau tu...depa buh sardin ,bawang ,tomato,timun,cabai dan lain2 lagi..
pas tu depa kepit roti...bawa p berkelah..depa masak nasi lemak..buat ayaq kopi buh dalam plask ayaq panas..bila sampai ayaq kopi panas jadi ayaq kopi ais..

emak2 dulu kalau nak p berkelah depa mankit tidoq pukui 4 pagi nak prepare barang2 yang nak bawak.tikaq, kain ,nak adang masa salin baju..depa bawak parang kut2 nak tebas kayu atau kut jumpa durian orang jatuh ka, tengah jalan senang nak buka..
nak beli tak dak tuan .. kira halai lah..

lepas tu anak2 pula bila nak p berkelah depa tak bolih tidoq malam..tapi tak berani nak p dapoq,takut kena katok dengan senduk,,pasai depa mesti p menyebok..

tapi depa tau walau macam mana seronok sekali pun nak p berkelah....depa mesti melalui perjalanan yang tak seronok dan tak selesa..kerana sepanjang perjalanan tu..depa terpaksa berhimpit himpit..macam ikan sardin juga..bayang kan satu kereta bolh sumbat 11 orang...
siapa pun tak berani nak komplin...sebab takut kena tinggal..pasal cakap pandai sangat..

tapi bila sampai tempat berkelah..selalu lupa dunia.tu la ada yang banyak tenggelam sampai kembung..atau sesat sampai berejam dalam hutan..atau termasuk dalam perangkap beruang...atau banyak lagi yang tak seronok akan belaku jika tidak dengar cakap mak pak....

selalu nya lepas berkelah mak pak akan siapkan duit sedikit untuk di sedekah kan kepada doktor..dengan iklas...kerana anak2 yang lupa diri.... pasal pergi berkelah setahun sekali.....





sama juga walau pun berkelah di kawasan rumah(meriah mak)yang baju merah tu baru habis baca doa..amin amin ..ayam...


di sini pun boleh bbq...tak payah di hutan kan..kalau kat hutan di panggil berkelah..kalau macam ni di panggil berenak enak....dah tentu tak sesat..atau kembung dalam tasik..


bolih jadi penari inang sambil berbbq..yang depan tu orang burma sesat..tapi dah masuk islam...

makanan untuk 50 orang tapi dimakan oleh 20 orang...budak gemok yang kita nampak ni boleh menghabiskan ..saekor ayam pencen dan sekilo daging kerbau...dan dia masih lapar...anak siapa ni?..........