Follow by Email

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Saturday, December 27, 2008

fancy party

Depa ni dari tadi dok mengumpat tak habis lagi.sorang GRO China yang sorang lagi putri ronggeng Korea.mungkin depa tunggu tiket kut nak pi beronggeng.Aku kena ambil gambar jadi tak sempat nak join mengumpat.

Istimewa dari miya untuk putera Reza >>happy birthday yang ke 20tahun..Yang baju chong
sam tu :mike stand: satu persembahan yang baik dari Miya pada malam tu.

Kami sedarah Kakak dan adik,ibu dan anak,ibu saudara dan anak saudara.Nampak simple aja
tak fancy pun.Tak pa lah janji kami rasa enjoy pada malam tu.

Makanan pun sedap ,dan kami pun lapar dah ni.Sambil makan sambil posing.
Baju yang aku pakai dah berkurung dalam almari aku 5 tahun lalu.baju yang miya pakai
baru beli bulan lepas .Tak sabar dia nak pakai tapi mesti kena tempat.Rantai orang pakai kat leher ,aku pakai kat kepala konon konon nak nampak fancy.Rantai tu pun dah lama sangat aku beli di Mesir dah lebih 7 tahun.Jadi aku pakai semua barangan antik.

Pemenang pakaian tercantik dan pemegang cawan kopi terlama pasal nak posing.Baju dia ni pun dah lebih 10 tahun tapi masih cantik dan bolih di pakai lagi.Ini bermakna dia saorang ibu yang sentiasa mahu kelihatan meletup dan sensasi gitu... khelass ko dek nong.


Would you like to join me on 24th dec in Holiday Vila?
Any special ? yep: Actually I nak celebrate my son birthday ...

Oo ok what time?... from 8pm to midnight.tapi u mesti pakai fancy tau.
nak pakai apa?.pakailah apa apa yang u ada.I invite u your dauther,your sis and your hubby.

So aku pun call lah adik kesayanganku ,yang duk tak jauh dari rumah aku ni.
Chu hang nak p dak fancy party kat holiday vila? Bila? adik aku tanya
party siapa? alah ..dato jemput beday anak dia yang baru balik dari Australia.

Nak pakai apa kak oi? aku ada lah baju fancy tapi simple.Rasa ok kut.Tak kisah
lah hang pakai apa pun cantik aku kata kat adik ku.Dia memang cantik dan manja
selalu menggembirakan aku.Walaupun dia dah berumur hampir 34 tahun, dan telah
mempuyai 3 cahaya mata ,tapi wajah nya seperti remaja dua puluhan.

Dan dia memang selalu kelakar dan bayak joke untuk membuat aku ketawa setiap 5 miit kalau
kami bersama.Talipon aku berbunyi 2 kali tapi aku tak angkat.Sebab aku di bawah tadi melihat anak bongsu ku bermain gitar.Oh rupanya adik ku yang call tadi.Aku pun call dia .Hah ada apa chu panggil kak tadi?

Aku dah jumpa dah baju yang nak pakai malam esok,..Baju apa?.. aku tanya ..fancy dak? tentu lah fancy
baju chong sam GRO China beijing , dia jawab.Ha kalau macam tu lawa lah chu oi.Ok lah kita jumpa kat sana lah malam esok kak.Ok ...

Selesai majlis kami pun nak bye bye la kawan kawan .Tapi Chup !chup! kita ada supprise untuk adik you
kata kawan i Nora.Apa dia aku tanya .Dato dah pilih siapa yang pakai pakaian paling cantik malam ni ada hadiah.Taraaaaaaaaaaaaaa.pemenang nya ialah yang pakai baju chong sam.Clap !!!clap!!.
La dia dapat hadiah...........

Wednesday, December 24, 2008

Ouii Cik Bee pakai lawa lawa na.

Huih siapa pagi pagi ni dok talipon cek ni?. Orang nak tidor dok gerak buat apa?
nasib baik ringing tone lagu sedap ,kalau tak memang naik darah pagi pukul 6 ,
lagu sedap pun bolih bertukar jadi macam gendang naga.Oi cik Bee hang bangun la cepat
aku nak ajak hang p satu tempat ni.Tempat dia best tau hang pakai cantik cantik tau.past tu dia tak talipon.Yang aku ni dah pening kepala pasal bangun terkejut dia tak tau.Yang dia aku tak tau kalut sangat pagi pagi dok gerak orang.
Awat dia ingat aku ni nak p pakai baju tidur ka?.

.Dalam duk menrungut tu ,aku bangun juga buat macam dia suruh.Apa ilmu dia pakai aku pun tak tau bolih menunduk kan aku dengar cakap dia.
TING! TONG! Ha tu dia sampai dah minah kalut tu.Aku baru nak sapu bedak.Ouii awat hang pakai lawa sangat ni cik Bee oi.La hang ni bukan ka tadi hang call aku suruh aku pakai lawa?. Ka, aku minpi?.

Ya lah tapi hang lebih lawa pada aku,mana bolih.Habis hang nak suruh aku tukar pakai kain pelekat laki aku ka?.Dak la ,tapi sat gi orang dok perati hang tak kelih aku.Tak pa lah aku tak perasan macam hang.Tapi lawa apa aku ni, pakai simple pun hang kata lawa dah.Lain kali jangan dok pesan suruh pakai lawa2 aku dah memang lawa dah hang tau dak?.


Ni mek Ella oi,, hang nak ajak aku pi mana ni? susah2 mai cari aku pagi2 ni?.
Bukan jauh pun nak ajak hang pi ni cik Bee ouii, kat kedai kopi tiam tangtu saja.Nak ajak hang pi makan roti bakar saja.La awat susah2 dok bawa aku pi kedai? kan kat rumah aku pun ada roti bakar ,kukus dan goreng.Kopi aku lagi sedap dari depa banchuh hang tau dak cik Ella oui.

Tapi kat rumah hang susah aku nak mengata mengumpat.Pasal apa tak bolih pula? Pasal hang tu kalau kat rumah sat sat bangun sat sat bangun tak bolih nak concentrate.Ya lah kat rumah memang la aku macam tu macam tu .

Hah order lah cik Bee oi.Ok,kopi O dengan roti bakar butter kaya.Hang nak apa cik Ella ?.Aku nak order nasi lemak dengan kopi susu.kami pun makan lan pelahan2 sambil lah bersembang membang.

La hang becerai dengan laki hang? bila? pasal apa?jadi macam mana? anak hang kat mana?.Banyak nya soalan aku kat dia ,sampai dia sebak.Tu lah aku kata tadi tok sah dok mai kat kedai .Hang degil.Tu hang dok mengais depan khalayak ramai buat apa.Kan kat rumah aku tadi aman tak dak sapa pagi2 ni.Ayang aku pun bangun lambat ,Dan dia pun sporting.
Hang tau dak, dengan linangan air mata dia tunduk tengok kopi dia. Dia cerai aku pasal dia kata dia nak pindah balik kampung, aku tak mau ikut dia.

La la... takkan pasal tu dia pi cerai hang.Mesti ada benda yang hang tak cerita kat aku ni....
benda ni dah 2 tahun melarat sampai aku tak tahan, dia tak tahan, tu yang meletup tu...

Tapi hang tak pernah cerita kat aku pun,cuma hang selalu mengadu yang hang selalu bergaduh dengan laki hang.Tu yang aku tau.Tapi sampai bercerai ni kes naya ni.Mana tak naya cik Bee ouii dia pi menikah dengan anak dara tua kat kampung dia,sampai hati dia buat kat aku macam tu.

Hang tu lagi sampai hati Ella buat kat bekas laki hang .Pasal apa hang masuk sebelah dia? kata kat aku macam tu?.Aku nak mengadu kat hang,hang marah kat aku balik.Ya lah cuba hang fikir tengok kan kah dia ajak hang balik kampung,hang tak mau ikut dia,dia nak orang jaga dia, makan minum dia, kemas rumah dia dan bantal peluk dia.Yang hang tak mau ikut dia,dia tak bolih paksa hang, dia kena tinggal hang nak bagi hang menyesal dan menangis macam ni lah.

Yang sebenar nya aku pun bukan lah menyesal sangat pasal tu.jadi buat apa hang dok menangis macam ni?.Mulut dok merepek hati dok mengenang Ella, aku bolih tengok kat muka hang.Dak cik Bee ouii,sebenar nya selama ni aku tak rasa tergugat langsung pasal kasih sayang laki aku.Aku berani kerat jari yang dia tak akan jatuh cinta dengan perempuan lain.Dan tak akan tinggal aku.Sebab kami dah kenal lama dah sesama kerja dulu.Dia cukup sayang kat aku.Dia dengar cakap aku dan kami bahagia sangat.Anak aku semua dah besar 2 dah.mana ada susah apa la ni.Dia tak pernah marah aku nak pi mana pun.Kadang2 hang tau la sampai berminggu2 aku out station pasal kerja aku.Kan aku ni gila kejar cita 2.Dia nampak ok

.Tapi kenapa dalam 2 tahun ni aku tengok dia sejuk dengan aku.Rupa nya dia terjumpa orang kampung dia lawa pulak tu tapi tak muda sangat.anak dara tua yang dia menikah tu la.
Aku mengadu kat anak2 aku.Depa kesian lah kat aku pasal aku ibu depa tapi depa pun sayang kat ayah depa.Dan depa macam terima yang ayah depa ada orang lain selain ibu depa.cuma depa tak tunjuk sangat kat aku yang depa macam suka ayah depa menikah lain.Kalau depa tak suka pasal apa depa mai kat aku seminggu sekali? dan habiskan cuti dengan ayah depa lama.

Mungkin mak tiri depa masak sedap kut tak tau lah.Mungkin ayah depa cucuk kut kata kat aku macam2 mana aku tau.
La hang ni Ella tak dak laki hang nak cucuk lah anak2 hang tu,depa ada fikiran sendiri dan dah besar panjang, biar lah depa nak p mana pun.Yang aku tau laki hang tu baik hang yang tak kena.dia selalu dok jaga anak hang dari kecil.Yang hang tu tau bangun pagi p kerja pi sana pi sini.kalau p shopping sampai tak ingat dunia.Hang pi sorang2 atau ajak kawan2 .hang tak pernah pun ajak laki hang dengan anak2 hang yang aku tau.Bila aku ajak hang bawa lah anak2 hang kita pi sekali, dan bolih juga buat kawan dengan anak2 aku.Hang kata tak mau lah satgi hang nak kena hantar balik lah.Susah sat gi nak keluar lagi.

Sekarang ni hang dok dengki dengan kebahagian depa buat apa? Dah hang rasa tak bahagia jangan buat orang yang hang sayang pun tak bahagia sama.kalau laki hang balik dengan hang pun perangai hang akan sama juga,kita kan menusia perangai yang duk dalam diri kita memang susah nak berubah.Kita tak bolih berlakun untuk masa yang lama.Dan tak bolih menerima benda yang kita tak suka di dalam hati dan kena senyum yang tak iklas.

kalau laki hang dah buat perubahan,dia tak akan buat benda yang sama kalau dia balik kat hang pun.Yang tu hang kena terima,pasal benda yang dah terguris hang cat macam mana pun, dia tak akan smooth.Hang tak bolih nak ubah laki hang dah,pasal buka senang kita nak ubah orang.nak ubah diri kita pun susah kan, ini kan pula nak ubah manusia.Lagi2 nak ubah hati depa memang payah.

Aku percaya.Laki hang tu masih sayang kat hang.Tapi dia tak mau hidup dengan hang lagi untuk masa ni .Tak tau lah aku meneka saja.Aku dengar hang cerita kat aku jadi aku nasihat yang aku dengar saja.Yang hang pun kalau nak ajak aku mengumpat tak payah lah mai kopi tiam , bising sangat kat situ .Kita nak cakap pun kena reverse banyak kali pasal pasal tak dengar.

Ok lah chek nak balik dah ni nak pi minta ampun kat tuhan, pasal mengumpat bekas laki hang
aku minta ampun untuk hang sekali .Bolih aku minta jodoh sekali dak kat hang?.Ouii cik bee oi tak payah dok minta ampun lah, sat gi kita nak mengumpat lagi.Hang minta ampun sekali bila nak tidok nanti.Jom lekas aku hantar hang balik cik bee.
CERITA NI AKAN BERSAMBUNG DI MINGGU DEPAN SEBAB AKU KENA BELANJA DIA PULA>>>....................................................................................................................................

Tuesday, December 16, 2008

Mee hailam tenggelam

Mee hailam ni aku baru masak tadi untuk late breakfast.
Sedap di makan panas panas dengan cabai cuka.
.Dia menjadi kegemaran keluaga ku.
hanya mengambil masa 10 minit untuk di sedia kan,
dah bolih di hidang kan.

resepi nya ia lah
sebungkus mee kuning di cuci dulu.
rm1 daun sawi di kerat panjang.
50sen kobis di ricis besar.
sebiji keret di potong bulat.
2 keping fish cake di mayang lebar.
10 biji fish ball di belah 2.
15 ekor udang sedang
di buang kult sampai ke ekor.
kalau nak bubuh ayam dengan
sotong pun bolih,tapi tu dah banyak sangat.
bawang putih di cincang halus satu labu.
kicap pekat satu sudu besar.
,kicap masin satu sudu besar,
tiram satu sudu besar
dan serbuk perasa sedikit.air sejuk 1 cawan besar.
minyak untuk menggoreng satu sudu besar.

cara memasak nya..JENG!! JENG!!

panaskan minyak,masukan bawang putih.
masukan udang,masukan fish ball dan fish cake.
masukan semua kicapp2 tu,tiram dan serbuk perasa
kacau dan di biarkan sebentar.
pas tu masukan air sejuk ,biar dia mendidih dan
masukan sayur sayuran sampai mendidih
dan tengelamkan mee tu.
dan tutup api. cedok dan makan lah beramai ramai .

selamat mencuba resepi ini memang sedap dan berkhasiat.


Cabai cuka yang baru dia buat 20 minit yang lalu terlalu segar dan enak di pepak ,GRUP!! GRUP!!

Sunday, December 14, 2008

Kueh Tiaw goreng campak ngan cabai cuka

Cara buat cabai jeruk...
5 biji cabai hijau.
satu camca cuka
sikit gula,garam.Cabai di
potong ikut suka,siram air panas
pas tu rendam selama setengah jam
dan siap bolih di hidang

Resepi kueh tiaw....
Satu bungkus kueh tiaw
15 ekor udang sedang ,di buang kulit dan kepala,tinggal kan ekor
3 ketul fish cake, di potog memanjang
50 sen taugeh
50sen kucai
sesudu besar kicap pekat
sesudu besar tiram
sesudu besar cili mesin. dan sedikit perasa
sesudu besar minyak untuk menggoreng
satu labu bawang putih..di cincang

,,,,,,,,,,,cara untuk menggoreng,,,,,,,,,,,,,

Bawang putih di tumis sampai kuning.
masukankan cili,kacau rata dan masukan
kuih tiaw ,udang,kicap,tiram serbuk perasa
dikacau rata juga dan akhir sekali masukan
taugeh dan kucai di kacau 4minit dan di angkat
pas tu bolih la di hidangkan untuk 5 orang
PIIIIIIIIIIII la CUBa lani juga...

mak inang kampung pinang

...................................Oi la Mak ngah awat oren sangat????..........Ya la kan warna pinang ni... kan ka mak Inang Kg Pinang...............Sesekali apa salah nya terang benderang,Orang nampak kut jauh dah kelui..

Friday, December 12, 2008

Nasi Lemak Daun Pisang


Nasi lemak daun pisang memang terkenal sangat kat tempat aku ni ,nak pi makan kena q.Aku kalau terasa nak pi makan dengan ayang aku ,kami p pagi pagi sebelum p beli ikan kat pasar.Aku pun rasa hairan lah ,pasal apa ramai sangat orang dok beratur beli nasi lemak dia termasuk aku ?
.Nak kata sedap rasa nya ada lagi yang sedap tapi berperiuk periuk lah dia masak.
Yang buat dia tu sepesel tu rasa nya, pasai dia balut nasi tu pakai daun pisang dan sambal dia bubuh banyak.Semua yang mai bungkus tu lebih dari lima bungkus termasuk aku. Nak makan 3 orang saja tapi p bungkus 5.Pelaris apa dia pakai tu ??? nak makan satu p bungkus 5.Pas tu dia ada bihun goreng ala kampung sedap juga ,pun bungkus dengan daun pisang.Banyak sungguh dia pakai daun pisang kemungkinan dia ada kebun pisang kut.
Kedai dia bukan lah besar sangat kedai kampung saja, tapi yang p kedai dia tu tergulung dari tukang kebun sampai ke dato' dato' tau.Bila kat kedai dia tu, Aku rasa macam p kedai orang kampung dulu dulu ,susana dia pagi tu hujan renyai renyai .
Orang mai pakai payung ,pakai baju hujan,tutup kepala dengan kertas surat habag dan mai kayuh basikal pun ada.Ada juga tutup dengan daun keladi.Yang aku tak nampak tutup dengan daun rembia dan kain tarpan.(kain orng buat khemah)Huih meriah sungguh kampung yang duduk nya lebih kurang 3 km dari airport.5km dari bandaraya besar.

.Kereta bolih parking mana suka. Jaga jaga takut tergelek ayam dan kucing jinak saja.Tentang tempat duduk kat kedai tu kena tunggu sat ,sampai orang habis makan kita pi chup.Mata kena cekap macam main music chair.
Orang yang dok balut nasi lemak tu 4 orang.Tangan depa macam kerja kilang tak berenti.
Aku dok kira pekerja dia ada lebih kurang 12 orang nak layan orang sarapan pagi sahaja.
lontong dengan roti canai dia pun sedap.Tapi yang popular kat situ nasi lemak daun pisang dia la sesungguhnya. Aku dok kira duit dalam poket toke dia.Teruk lah aku ni macam tak dak kerja lain. Tu nak ambil hal orang la tu( ayang aku tegur).Rasa nya dia dah pi Haji 7 kali kut,Alhamdulillah rezeki depa.
Kalau terasa nak p makan nasi lemak daun pisang dia bagi tau mak ngah ok.Mak ngah p belanja pun tak pa.

Selamat Hari Raya Haji , Raya Al Qurbani

Oi sedap nya rendang ayam kampung ni.....makan dengan apa pun sedap
Yang ni kalau tak pernah tengok dan tak tau apa benda dia ok......Ini nama nya lemang
periuk kera .Memang enak di makan begitu saja..............kalau nak cuba hanya setahun sekali..di rumah Azli dan Emy.Yang ni bukan yang menager Azlan buat.Dia buat lemang buluh.Tak semesti nya lemang periuk kera di makan dengan rendang kera.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>..

Asalamualaikum....
Bila sebut saja pasal hari raya haji ramai yang kata; Muhhh raya haji saja,tak dak apa apa.
Aku pun tak paham pasal apa ,walau pun dah tua macam ni.Tapi memang lah rasa macam tu.macam family gathering aja.Macam buat makan makan dan panggil adik beradik aja .Sebab dari dulu lagi kami anak beranak bila raya haji jadi macam cuti hujung minggu.Mungkin kami duduk di bandar jadi rasa macam tu.
Di kampung sana depa sambut betul ,sembelih lembu sana sini tu yang seronok tu.Lagi 2 atau 3 hari lagi nak raya haji depa buat kuih raya dan kadang kadang depa kacau dodol tau.Depa sambut sungguh sungguh dan meriah tu dulu kala.Tapi sekarang ni pun depa sambut ala kadar saja.Pasal depa pun dah tak ramai anak2 nak balik raya haji sama sama depa.Semua anak2 duk jauh nu cuti tak dak so masing masing raya lah kat rumah sendiri.
Aku raya haji ni ada juga juadah makanan anak beranak lemang yang di masak olih adik angkat aku,Mr Lan manager dia bakar lemang sampai 10 batang sedap lemang yang di masak untuk kami beramai ramai.Chik juga adik angkat aku dia masak ketupat palas , rendang ayam dan laksa peneng.Ooi oi jangan lupa Maznah bini Atan adik angkat aku juga tu dia masak longtong ,kari udang dan bihun goreng.
Jadi kami semua pun berkumpul dan makan makan sampai malam .Sampai malas,sampai letih ,sampai kenyang dan sampai tidok.
Anak anak aku dadau ngan miya lepas raya ngan aku pagi tu pas tu balik kl. Kak Dayana raya ngan popo ngan chu dia.Tinggal lah aku ngan Pak ngah hang raya dengan adik beradik angkat kami dengan meriah nya.

Tuesday, December 9, 2008

Oi anak sapa ni hahh

Aku rasa lega lah budak ni dah habis spm.dia pun lega..so tak dak lah tekanan sangat bila p keluar bejalan dengan aku asyik nak balik rumah nak buat home work.La ni aku suruh dia buat home work juga .Tolong bibik kat rumah.Ha baru dia tau sebenar nya home work yang mak dia bagi lagi senang dari home worke yang chik gu bagi kan...


.......................................Rusty hair ,Green eyes.....................good girl....

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,woii hoi leng haah.........suwai sawadeeka nong...
Sabai dee ma?...


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;back to school ;;cute nya;;


'''''''''''''''''''Lady in pink..........tea time,,oi seronok nya dia,,

Tuesday, December 2, 2008

WA JUMPA KAWAN LAMA













>>>>>>>>>>>>>>>>>>kuih apom kegemaran aku bila p kedai mamak


Sementara menunggu anak kesayangan aku p buat colour rambut

aku p lah round2 dulu.Dia buat rambut 3 jam ,tak kan aku nak jadi jeruk masam kat situ tunggu dia siap.Aku pun keluar masuk kedai macam nak beli barang nak sambut raya.Rasa nya masuk kedai 2 ringgit 2 kali dah kut .Pi mai,pi mai beli besen kecil 2 biji kut kut nak buat bancuh tepung.
lepas tu p kedai jual barangan letrik kut ada depa nak offer kat aku tv LCD 100 in ka. Depa kata tak mai lagi tv tu pasal panjang sangat .Depa suruh aku tuggu tahun 2o15 baru ada.Huih awat lambat sangat nanti siri cerita sedap sedap habih.
Tak pa lah tak dak offer tak mau mai kedai hang dah.aku nak p kedai orang lain yang bolih order la ni, dapat tahun depan.aku pun p lah kedai lain tanya dia
..AKU>>..;toke ada lcd 100 in ka?'..
TOKE... ada.Lu mau ka?.....
AKU>> Ya lah saya mau. ..lu ada ka?
TOKE>>>>..ada wa kasi lu lebih sikit bolih ka?.
AKU>>..boli lah tapi harga mesti cantik ok..
..toke tu pun aku dengar tengah set benda
,tum.tam..tum.tam....
TOKE>>>woi nyonya lu mali sini tengok ini macam bolih ka ?
AKU>>...Haah;./[;.//.?
TOKE ...apa pasal nyonya?tak perchaya ka?.
AKU>>....bukan tak perchaya tapi tak terdaya lah toke.
.TOKE>>>..apa pasal?.
..AKU>>.wa mau satu saja,ini 2 lcd wa mau taruk mana?.
.TOKE>>.lu taruk dekat dekat la satu tengok bola satu tengok P Lamlee...
Lu cakap mau 100 inci bukan?.
AKU>>..Ya Ya memang saya mau 100 inci tapi satu saja,
tapi ini 2 lah wa tak mau.
.TOKE>>.Hai yah lu aaah tak lak pikir semua lcd paling besar pun mau 52 inci ..
...Tapi nyonya lu mau 100 inci .
TOKE>>wa kena campur dua baru dapat 100 inci lebih sikit
.satu lcd tak sampai 100in
.AKU>>Hah ok lah lu mau campur 5 pun tak pa tapi wa mau bayar satu saja bolih?
TOKE>>Bolih tapi dulu..sekarang tak bolih.
AKU>>Pasal apa tak bolih?
TOKE>>pasal lu sudah tua.wa tak mau kawin lu.kalau lu muda wa kasi semua dalam
ini kedai kasi sama lu.
AKU>> Woi kaldai lu memang tak sayang lu punya mulut, cakap wa itu macam.
TOKE>> Hai ya kita sudah kawan lama pun lu mau ambek hati ka?
TOKE>>> Hei nyonya lu mau tengok LCD besar wa bolih belanja .
AKU>> betui ka?
TOKE..Apa mau tipu,bayar 8 ringgit saja lu bolih tengok sampai puas.mau ka?
TOKE>>Mali wa belanja minum kopi.
AKU>>>Ok ajak lu punya bini sekali.
AKU>...Oi toke lu punya bini banyak gemuk la
Toke >> Lu pun tak sayang lu punya punya mulut.
AKU>> soli ha wa ada mata wa nampak dia gemuk wa cakap la.tak kan wa mau cakap
dia kulus macam wa dulu dulu ...
AKU>>.Ok lah wa belanja lah wa sudah busuk mulut cakap lu punya bini gemuk
BINI TOKE>>hai ya lu mau belanja ka ? mali cepat wa sudah lapar lo.
AKU>> Lu makan banyak sikit hah.. nanti lu pegi wa punya saloon kita kasi buang itu lemak...
AKU>> Lu pegi sekali kasi buang lu punya lemak dekat itu perut lah toke.
TOKE>> lu ah lu ah.. memang mulut banyak busuk banyak sakit hati sama gua
punya perut buncit..
AKU>>tak dak gua mau lu sama lu pumya bini banyak cantek ngam banyak duit nagm la itu macam..
TOKE>>Ok lah mai kita minum, gua mau belanja tau.lu banyak lama kawan wa di dunia ini.
BINI TOKE>>>Oi mamak kasi lagi roti canai telur 3 kuah campur sekali..
AKU>>>HUIH;; padan lah badan macam bas express dua tingkat.......
BINI TOKE>>>> OI mamak kasi tambah air lagi ,kuah tadak cukup..kasi maggie goreng pedas cepat sikit..
AKU>>>> Oi mamak kasi kira ...
MAMAK>>>.Ok nyonya ,lu punya sudah bayar,lu punya duit tarak laku ini hari.
AKU>>>>> ok kamsia lu toke, toke soh.. kalau wa mau barang wa mali cari lu.
TOKE>> ok kamsia kamsia,,