Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Friday, February 26, 2010

dalam masjid pun ada sok sek


oiiiiiii lawanya akupakai tudung ari ni ..nampak alim aja...eh riak nya aku macam merak kayangan...
eh ada jubah..aku cium bau jubah aku dah lama aku tak pakai...eh lagi lawa dan berserila..eh merak lah aku ni..tu belum pakai kasut but lagi..dah macam pensyarah terkenal pulak...eh eh bukan macam penyanyi latar lagu nasyid ke?....

aku tukar balik baju jubah tu aku pakai yang biasa saja tapi cantek..almaklum lah nak p dengar syarahan ugama dan sambut maulud nabi kat masjid...
aku terdengar suami tercinta mmemanggil nama aku...b..b..tak siap lagi ke ?..takan nak p masjid pun bersolek sampai 1 jam kut sayang oi..ye..ye..dah siap dah cuma sempat berangan sikit...

sampai kami kat masjid ..orang dah mula ramai berkumpul kerana nak menunaikan fardu magrib ..aku pun p lah menchelah..dapat juga tempat kat sebelah tepi dan belakang sekali ..tak palah ..nanti bila dengar syarahan bolih juga buat sandar belakang..
selesai sembahyang magrib.imam pun mula bersyarah...jadi aku pun mula lah nak khusuk dengar syarahan tu..

tiba2..di kiri dan kanan ku ada pembantu imam..bayangkan mereka duduk dikiri dan kanan ku..dan depa tengah mengumpat pak mentua salah sorang yang ada bersama sama ku di situ...
aku nak tegur nanti dia orang keliru pulak..siapa aku nak tegur dia orang..

lagi kuat imam bercakap.lagi kuat depa mengata..aku rasa nak sumbat mulut depa dengan sejadah..awat depa tak keluar aja nak mengumpat bapak mentua depa?...dalam sejam tu aku dah tau berapa bini pak mentua depa..dan berapa umur bini muda dia..dan derita mak mentua dia..mak mentua dia bini no dua...

aku nak sumbat telinga nanti tak dengar pulak syarahan tok imam tu..yang berselang seli dengan syarahan pembantu dia...

aku jadi nak muntah akhirnya..aku nak keluar orang penuh di depan aku...aku makin geram dan hilang kosentrasi ku..aku sekarang terus berdoa supaya tuhan bagi aku laluan dan tinggal kan saf tu...aku buka saja mataku..kiri kanan ku terus diam ..dan aku menoleh tiada lagi depa kat situ..aku jadi lapang dada dan jelas aku dengar syarahan imam tu..

ya tuhan jangan lah kau duga aku lagi..aku mohon ampun dan maaf andaikata doa ku bertentangan dengan kehendakmu...aku terima apa sahaja yang kau beri..dan aku tahu kau sedang menguji aku...

selesai saja habis sembahyang ishak..aku pun keluar menunggu suami ku di parking kereta..dari jauh aku nampak kelompok tadi membesar di tepi tangga masjid.....
lantaklah kat dia orang..masjid tu kepunyaan semua orang islam ...jadi masing2 perliharalah kesucian masjid kita...

walau macam manapun aku jadi seronok bila suami tercinta ajak p pekena roti canai dan teh tarek tepi pantai.....

Saturday, February 20, 2010

shoping2222


nasib baik dia tak bawa gendola ni balik rumah......


pagi2 aku buka peti ais aku nak cek apa barang dah habis nak beli ...aku pun list lah harga barang yang aku nak beli..ok ada 10 barang hari ni yang nak kena beli..aku pun cek lagi betui ka hanya 10 barang yang nak kena beli..selalu sampai 30 barang .awat ari ni sikit saja kena beli..

aku pun dok ingat 2..betuika kena beli 10 barang..awat sikit sangat ni..ok tak pa lah mungkin aku tak berapa masak sangat minggu lepas ..aku pun siap lah nak pergi beli sambil di temani suami tersayang..
aku pun tak bagi tahu kat suami aku yang aku nak pergi beli barang2 yang tersenarai sahaja..mesti suami aku ingat aku nak beli barang seperti biasa.....kalau dia tahu aku nak beli sikit aja ..mungkin tak payah lah dia teman..sebab aku mampu nak angkat berang2 tu..

sampai kat tesco aku pun pergilah ambil barang yang aku nak beli tadi..dan suami aku pun ada juga nak beli barang yang dia nak..dia pun pergi lah kat tempat letrik..aku kat tempat sayuran..
setelah terpisah dekat 20 minit akupun call lah suami aku..

aku.........yang u kat mane?
suami..........ada lagi kat tempat barang letrik
aku........ok ..i dah siap kat tempat sayur ni..
suami......ok i datang.
aku...tak apa you tak payah datang..u siap kan dulu apa nyang u nak beli..
suiami.........tak pa i pun dah nak siap ni....
aku........tak pa yang.. i tolak toroli i dekat dengan tempat frozen ok..nanti u ambil
aku..i letak sebelah aja tau..teroli kita banyak sayur ..
suami..........ok nanti i p ambil...
aku..ok

lepas aku bercakap dengan suami aku ..aku ke bilik air sekejap..masa tu juga lah aku nak buang air ..tak sempat2..lepas siap aku buang air aku call lah suami tersayang...dan masa aku call dia dah siap bayar dah barang2 yang aku beli..aku pun seronok lah sangat..pasal masa tu aku tengok orang q cukup ramai ..tapi suami aku dah terlepas dari q tu..dah ada dalam kereta dah..
lepas kami beli barang kami pun singgah lah makan... sebelum balik rumah..aku pun malas.dah nak balik masak..penat..

sampai aja dirumah aku naik dulu kat atas..macam biasa suami aku akan mengangkat barang 2 di dalam kereta..aku pun naik kat atas kerana bukan banyak puu barang yang nak di angkat..sikit aja..tak palah ....aku tak payahlah tolong dia..sikit ajakan...

aku pun bermandi manda lah..dan selesai aja aku bermandi manda..dan sempat tengok tv..aku pun turun lah kat dapur ..nak minum air..tiba2 mata aku terpaku dengan barang2 yang masih didalam plastik tesco..apa ni banyaknya.. apa yang suami aku beli..aku pun buka satu persatu..eh banyak nya gula.tepung,minyak dan#$%^&**((().........huaaaaaaaa..huaaaaaaaaaaaa.ni bukan barang aku...mana sayur akuuuuuuuuu....

Yaaaaaaaaaaaaanggggggggggggg..yuo ambil silap teroliiiiiiiiiiiiiii.......

Qb..ingat jangan suruh suami p cari teroli kita dalam supermarket..dia akan bawa balik banyak barang yang bukan barang kita......dia mungkin tak percaya yang teroli qb terlalu sikit barang..sebab tu dia pilih teroli yang banyak barang dan dekat2 teroli qb...ni tepung sampai 20 peket nak buat apa ni??????.

Monday, February 15, 2010

kong he fatt choy hom pau lo loy...


selamat taun baru yoke loon...

selamat hari raya cina kepada semua tak kira apa bangsa dan dimana mereka berada..

kehadapan bondaku yang berada di negeri kemuning cinta kama..semoga berada di dalam keadaan gembira selalu hendaknya..tujuan anakanda menulis surat ini adalah ,ingin mengucapkan selamat taun baru cina kemboja kepada bonda yang jauh dimata...

anakanda tersangat lah rindu kepada bonda kerana sudah lama anakanda tak bersama sama bonda dan keluarga di kemuning cinta kama..apa lagi di taun baru ini..yang mewajibkan kita makan 3 meja bersama keluarga tercinta...

anakanda di sini sehat sejahtera bersama keluarga tercinta yang sangat amat..tetapi apa bila anakanda mendengar lagu2 kong hee fatt choy berkumandang di udara malaysia anaknada terasa sedih dan kecewa kerana tak dapat merayakan bersama bonda tercinta adanya..

lagipun anakanda bukan lah berada jauh sangat dari bonda..cuma 3 ribu batu sahaja..walau bagaimanapun anakanda terigin sangat masakan ponte ayam..kerana pontei domoi tidak halal... maka kita sekeluarga mengemari pontei ayam...dan juga kuih bakul bonda yang liat di masak bersama ubi keladi...

di dalam sampul surat ini terkandung peket angpau untuk bonda dan anak saudara anakanda yang tinggal bersama bonda ..jika bonda buka saja peket angpau itu..jangan lah bond terperanjat kerana tidak ada isinya..kerana isinya telah anakanda bankin ke akaun bonda.almaklun lah zaman moden....

sekian dahulu dari anakanda sekeluarga dari negeri kemunting cina...

Qbrose to pang yoke loon(popo)...

Tuesday, February 9, 2010

R&R punya cerita...(sambung cerita laptop)


nampak tenang dan bersih R&R di negara kita..kemudahan macam2...

perjalanan aku tak habis lagi..duduk atas jalan lagi..dalam 2 jam perjalanan aku aku pun nak singgah lagi kat R&R lagi satu...aku ni kalau tak nak p bilik air memang lah tak singgah ..lagi2 musim orang ramai..aku tak suka benda yang akan membuat aku menunggu walau pun untuk kepentingan aku kecuali aku memang kena buat..ok.lah.aku buat..

aku kalau singgah mesti ke bilik air dulu lepas tu baru merayap satu gerai ke satu gerai.macam shopping komplek pulak..tapi biasa memang biasa aku juga saorang perempuan ..biasalah orang perempuan ni dia suka bertandang..aku tak di kecualikan..aku tengok juga apa yang nak makan sebab tadi masa aku kat R&R yang pertama aku singgah aku tak makan sebab takut lap top aku kena curi..

tapi kali ni aku dapat parking dekat dengan kerusi duduk aku..aku suruh laki aku pegi cup meja yang dekat dengan parking..pasal fobia dengar apek tadi cerita..aku q juga tapi tk ramai sangat.aku pun ambillah jus apple dan roti cream..

pasal aku lapar sangat tapi tak nak makan nasi..aku pun p menuju kat meja yang laki aku dah chup..aku tengok tadi laki aku sorang ..ni ada pulak makchik yang agak umur dia 60tahun lebih rasanya..dari jauh aku pandang dia siapa pulak duk dengan laki aku ni..dia terjumpa saudara mara dia ke?.tapi aku tak kenal pun..

elok saja aku sampai kat meja ..aku nampak makchik tu macam lepas menangis..tapi pasal apa?..dia berpakaian kemas..sempat juga aku menjeling lengan dia ..bolih tahan juga barang kemas dia.kalau jual tu.. bolih juga p melanchung kat luar negeri dan beli barang tampa tawar menawar..
elok aja aku duduk berdepan dengan dia..aku pun sebagai orang yang dah dekat nak tua ni..menghulurkan tangan ku salam perkenalan..aku pelawa dia makan roti yang aku beli cuma satu..tapi biasa lah.orang melayu ni cakap cukup berlapek.makan lah nak..makcik dah makan..
makchik....tadi tu suami anak ke?..

aku....ye ..makcik kenal dia ke..

makcik ....tak kenal cuma tempat duduk dah penuh dia bagi makcik tumpang..

aku...makcik sorang aja ke?....

makcik ..tak aih ramai saudara mara ..tuuuu..dia menujuk sekumpulan manusia yang sedang beratur menunggu nasi ayam..

aku..makcik nak p mana ni?...

makchik.....nak pergi hantar pengantin kat johor..

aku... aku nampak dia macam lepas menangis.. sedangkan sebenarnya dia tengah seronok nak p berpesta.(dalam hatiku berkata)

aku..ni yang buat aku nak ambil hal dia ni..aku mesti nak tau pasal apa dia sebak dalam seronok..lagi pun hari aku bukan ada buat apa..baik aku dengar cerita dia..

aku...makcik nampak macam tak seronok dan sedih kenapa..(cheh "" aku dah masuk daun dah)
lepas aku tanya dia ..terperanjat aku dia terus menagis tersesak esak..aku menjadi kecut juga nanti orang ingat aku macam marah orang tua2 tengah2 jalan..orang bukan tahu pun..

makchik...yang nak menikah ni anak perempuan makchik..makchik harap dia bahagia kali ni..sebab makchik tau dia baik dan penyabar orang nya..dia menikah teruna....

aku...ooooo ada cerita ropenye...aku korek lagi sikit

aku...makchik mesti seronok lah... tok sah lah duk sedih..kan anak makchik dah dapat jodoh..

makchik....kalau anak nak tahu kat sini lah anak makchik tu diceraikan olih bekas suami dia..3tahun lalu..kerana #$%^&@@*&^%$# pok pek pok pek....

aku..ooooooooooooooo..kat meja ni?...aku dah jadi seram sejuk dah..perjalanan aku hari ni..banyak sangat cerita R&R...

makchik...anak nak p mana?..

aku..nak duduk kat sana meja tu kecil sikit..tak palah makcik duklah kat sini..tu sedara mara makcik ramai tu..saya cari tempat lain..
makcik....baik lah..jalan elok2 kirim salam kat suami..
aku..yelah sambil bersalaman dengan makcik tu..sambil jeling gelang dia..

dari jauh aku lihat laki aku duk mencari aku..dan aku nampak makcik tu tunjuk meja aku kat dia...sampai aja laki aku kat meja aku..aku terus lah bersembang dengan dia..dia pun layan aku kami pun sama2 buat andaian bodoh..

bukan kenal pun orang2 kat situ tapi masing2 ada cerita..perjalanan aku kena campur 1 jam lagi..aku nak p bilik air siap2 tak nak dengar lagi maslah orang untuk ari ni....tapi mata aku setiap 5 minit menjeling ke kereta yang aku parking tak jauh dari pandangan mata..bukan apa takut lap top hilang...

Saturday, February 6, 2010

lap top kena curi


nampak selamat aja parking kat mana2 tapi kita kena berjaga jaga..


yang oii jom kita berenti kat R&R ni.....perut b dah lapaq ni..pagi tadi duk kalut mengemas nak balik kl..tak dan nak sarapan..i pun sama ni perut lapaq mengetaq..

B..yang p beli milo ais dngan mineral
yg...nak nasi lemak dak?.
B..tak mau lah dah tengahhari ni kita makan nasi terus lah..sat gi i p ambil sendiri..
yg....ok..i nak ambil nasi dulu..

aku pun cari lah tempat duduk ..semua penuh..ada kerisi yang panjang ..ada couple duk tengah2..dah lah kita tak bolih nak tumpang..bila kita nak letak saja cawan kat tepi dia..

dia menjeling macam kerusi tu depa yang punya..mennci lah..aku pun dari jauh duk teropong tengok ada tak lagi kerusi yang bolih aku celah..ha adapun ujung tu..kerusi pangjang pun dia duk kat tepi jadi aku bolih lah selit untuk 2 orang..

tengah aku minum aku di tegur olih apek tu..mula2 aku senyum aja tak tegur pun ..tapi dia tegur aku dulu..
apek...saya banyak suka makan nasi lemak lah..
aku.....yalah nasi lemak memang sedap tapi ada pedas sikit..
apek..hayo..saya mau balik kl banyak jauh ooo..
aku...saya sudah biasa ..pegi balik serupa pegi jalan makan angin...

apek..itu hari gua mai sini sampai pukul 4 pagi..wa turun kereta makan dekat sini ha..ada lah 20 minit itu macam gua punya lap top kena curi..dia orang pecah gua punya kereta..ada 20 kereta dia pilih gua punya..banyak nasib tarak baik..oo..
aku..apek lu cakap ini r&r ka?..
apek....ya lah ..gua pun duduk ini meja juga..banyak sui la.itu orang..sini orang ramai pun mau curi..

sedang aku bercerita dengan apek tu laki aku pun mai hantar makanan kat aku..lepas dia letak aja pinggan aku pun tinggalkan dia dengan apek tu makan..aku tak sempat pun cerita kat dia apa yang apek tu cerita kat aku...tapi aku terus p kat kereta dan duduk dalam kereta ..

aku takut juga satgi dalam banyak2 kereta kat situ.kereta aku pulak yang di pilih...laki aku pun jadi heran kenapa aku tinggalkan dia makan sorang2..dia sampai dalam kereta baru aku bagi tau dia..dia pun nampak risau aja..tapi aku masih lapaq..aku pun makanlah kacang kuda yang sempat aku bungkus tadi...

QB...pesanan olih penaja..nampak tak qb sampai takut mengetaq..dia nak makan pun tak dan..pasai takut orang pecah kereta dan curi lap top dia...selama ni qb ingat r&r tu selamat untuk berehat rupanya kena berjaga jaga juga keselamatan harta pusaka kita...qb nak ambil meja besar sorang2 nak bawa hartaa benda p makan sekali ..takut orang curi....

Wednesday, February 3, 2010

bangun awal



Qb..ok aku bolih call jantung hati ku ..tentu dia orang dah bangun nak p sekolah..sembanglah ngan popo kalau tak popo tatatlet...

awal nya aku bangun hari ni..buat apa lah aku terjaga terlalu awal pagi..nak berzikir pun semalam dah tak larat berzikir dah..nak sembahyang pun belum masuk waktu..nak p buat sarapan pun bukan nya nak p ke bendang atau p menoreh getah..kena buat sarapan seawal pukul5 pagi..nak kemas rumah pun dah tak ada apa nak kemas..nak siram pokok pun baru malam tadi hujan lebat..nak call kawan2 pun dia orang masih di ulit mimpi.nak membaca pun tak berapa minat..

nak menjahit mata pun tak berapa nampak..nak p pasar ikan dah penuh dalam peti ais..nak buat apa ha?...nak ajak laki bersembang pun kesian dia tengah nyenyak..nak cal teratai ajak bersembang mulut dia bengkak..nak call bby dia dalam pantang..nak cal pap dia tengah nak bersedia untuk bersalin..nak cal adeq beradeq dia tengah mimpi makan ayam turki..nak call farris dia tengah mimpi jumpa anak dara bunian..nak call sani dia tengah online dengan tunang dia..popo tengah sembahyang subuh kut..bmw dan dw tidok..nak call siapa ha?....


nak tidok balik lah..good nite..

Qb>>kadang2 kita tebangun awal yang tak tau nak buat apa..macam kita tak ada tugas langsung...otak kosong dan segar..alhamdulilah kurnian tuhan..amin..

Monday, February 1, 2010

penangan kemiyan...


macam kemiyan tapi bukan kemiyan....


cepat lah abang oi ..cek dah lambat ni.cek nak p juga kat kedai mamak tepi jalan tu..tapi parking takdak.kat situ..tu lah yang cek ajak abang p sekali tu pasal bolih lah abang tunggu cek kat tepi jalan.
alah ayang ni kalau tak p kedai mamak tu tak bolih ka?..ni yang susah2 buat apa..ayang nak beli apa .kat sini pun banyak juga benda yang kita bolih beli..buat apa nak p sampai jauh bekilo meter..alah ...abang ni ..yang tu pun tak bolih buat bukan nya susah sangat..abang tak sayang cek lah tu..

ok lah abang hantar cek..jom kita pergi nanti jalan jem pulak..sebenarnya cek nak beli apa yang suruh abang hantar susah payah ni?..adalah..cek nak beli kemiyan..nak p berubat kat rumah tok bomoh ramli..siapa sakit?..alah abang ni bukan sesiapa sakit pun ..cek yang sakit hati kat makhlok ni..dia buat cek jadi tak karuan abang tau tak?..

eh eh sayang ni tak baik tau nak buat jahat kat orang macam tu..la abang ni ..sayang bukan nak buat jahat kat dia ..saja nak ajar dia supaya tak ek sangat dengan sayang tau..dia buat apa kat sayang..abang tengok sayang ok aja..

bencilah abang ni..tak paham .nak tanya macam2..abang jangan campurlah..yelah kalau abang tak campur kenapa ajak abang p beli kemiyan?..habis kalau cek ajak abang cek nak ajak siapa?..abang betulah tak sayangkan cek...

cek tak payah lah cerita apapun kat abang..nanti abang tanggung dosa pulak....jom kita p..

dah sampai pun kita..cek turun abang tunggu dalam kereta ok..ok bang..eh eh tak dak duit kecil pulak aku ni..abang abang....mai sat bawa duit rm3...ha cukup pun duit ....mamak..lain kali mau meniaga mesti ada duit tukar tau...alah sayang keta kita dah kena saman ....baru 5 minit abang tinggal..ni semua sayang punya pasall tau..nak buat jahat kat orang..dia belum kena dengan tok boomoh tu ..kita dah kena dengan bandaraya..alah mak rm30 terbang...

QB...lain kali beli kemeyan kat tok bomoh..kira pakage..tak payah p cari susah2...kalau tok bomoh tak dak kemeyan dia bukan tok bomoh serbanika..