Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Monday, August 30, 2010

ramai2 buka puasa

La buyung... dah 16 hari kita berpuasa..hari2 makan makanan yang berlainan..hari2 pecah kepala duk fikir nak buat juadah apa untuk berbuka..hari ni buat kuih..esok buat kuih ..tapi bukalah makan sangat...
kalau masak lauk pun agak2 aja buyung..almaklum bukan ramai sangat nak makan..yang kak b ingat kak b buka puasa kat rumah baru 4 kali aja ..yang lain asyik memenuhi jemputan..kalau tak pergi nanti kecik hati pulak..tapi bagus juga semua jemputan tu menyeronokan..dari buka puasa sampailah bertadarus..jadi penuh lah malam2 mulia ni dengan ibadat..lepas dah dua minggu  ni kurang lah sikit kak b menerima jemputan..kerana kak b pun duk sibuk juga nak menjemput datang makan rumah kak b pulak..

jadi kak b pun buat lah persiapan untuk tetemu yang nak berbuka puasa kat rumah kak b ni..berbilang bangsa yang nak berbuka puasa rumah kak b...kawan2 kak b tak kisah mai lah..kita makan sama apa yang ada..ala kadar aja...kak b nak buat nasi tomato ayam golek,acar rampai..dal ikan masin,,anak kak b nak makan pajeri nanas..so jadi kak b kenalah buat untuk anak dara tu...yang anak dara kecik tu nak jemput kengkawan dia mai buka puasa kat rumah sebelum dia pergi luar negara...yang anak dara besar tu pun sibuk lah juga nak masak spageti kat adik dia...sedap pulak tu kalah spageti kat restoren besar..sedap sampai kadang 2 kak b makan berulang ulang..kalau kak b nak makan spegeti kak b suruh lah dia masak...

ni kalau orang utara depa panggil tempek nyok...sedap makan buat buka puasa...

kak b kalau orang nak mai buka puasa kat rumah seronok sangat..suami kak b pun sama..nanti dia sebuklah..membantu kak b ...tu baru nak mai buka puasa..kalau hari raya tak taulah buyung..lagi meriah lah kut kan...


Tuesday, August 17, 2010

sedap tapi azab+

cucoq cepedak ramas ni yang membuat perut  kak b kembung sampai tak bolih nak nafas....dah lah buat cucoq kodok cempedak..biji dia sayang pulak tu nak buang..rebus biji dia empuk2..pas tu buat sambal dengan lokan pulak..makan di hari yang sama .hangpa bolih bayangkan kesudahan yang jadi dekat kak b ni buyung..

aduh aduh..sakit nya perut kembung sampai nak panggil ambulan..tapi apa kak b yang bijak bistari ni buat?..kau tahu buyung aku ambil bati 2spa aku..aku bakar suhu 300darjah selsius..aku ambil daun pisang orang putih..aku balut 3 lapis kain..aku ambil tuala lapek kat perut..pas tu bertungku..apa lagi keluar lah semua angin yang jahat tu..sampai kempeh perut...
tengok bertapa seksanya hidup kak b kan buyung ..semua nya kerana nak makan sedap..badan merana..tapi tetap tak nak tobat..nak makan lagi kalau ada peluang..ketegaq betuila...lain kali kalau kak b nak makan benda yang angin2 nak setembai dah tungku perut...laki larang tak dengaq..

Queenbeesaid.. jangan ketegaq macam kak b...tak bolih makan jangan makan..buat susah badan aja buat apa...

Monday, August 9, 2010

selamat menyanbut ramadhan yang mulia

Sempena menyambut bulan posa ni kak b mengucapkan  kepada semua..selamat berposa no..jangan bulan saja posa hangpa tak posa...kak b biasa  biasa aja..sambut bulan ni tak dak lebih tak dak kurang..yang kurang tu mengata aja..tu pun kalau tak lupa yang kak b ni posa...tapi kak b ikut peraturan,,kalau mengata pun benda yang tak sakit hati orang..yang kalau orang dengaq pun tak dak apa..kan.kan.buyung...

kak b bulan posa ni rasa nya meriah juga..pasai nak p bukak posa merata rata mesjid..begitulah seperti di rancang... bukan malas nak masak dirumah..tapi saja nak beramai dengan kawan kawan..nak join mai la sekali..kak b nak masak setiap hari satu resepi bawak p bukak posa dengan kawan...

kepada anak2 ratu nanti mai la bukak posa kat rumah kak b..kak b masak sedap2..kita makan ramai..bersila atas tikaq sampai kebaih kaki..