Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Tuesday, August 17, 2010

sedap tapi azab+

cucoq cepedak ramas ni yang membuat perut  kak b kembung sampai tak bolih nak nafas....dah lah buat cucoq kodok cempedak..biji dia sayang pulak tu nak buang..rebus biji dia empuk2..pas tu buat sambal dengan lokan pulak..makan di hari yang sama .hangpa bolih bayangkan kesudahan yang jadi dekat kak b ni buyung..

aduh aduh..sakit nya perut kembung sampai nak panggil ambulan..tapi apa kak b yang bijak bistari ni buat?..kau tahu buyung aku ambil bati 2spa aku..aku bakar suhu 300darjah selsius..aku ambil daun pisang orang putih..aku balut 3 lapis kain..aku ambil tuala lapek kat perut..pas tu bertungku..apa lagi keluar lah semua angin yang jahat tu..sampai kempeh perut...
tengok bertapa seksanya hidup kak b kan buyung ..semua nya kerana nak makan sedap..badan merana..tapi tetap tak nak tobat..nak makan lagi kalau ada peluang..ketegaq betuila...lain kali kalau kak b nak makan benda yang angin2 nak setembai dah tungku perut...laki larang tak dengaq..

Queenbeesaid.. jangan ketegaq macam kak b...tak bolih makan jangan makan..buat susah badan aja buat apa...

No comments: