Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Monday, August 30, 2010

ramai2 buka puasa

La buyung... dah 16 hari kita berpuasa..hari2 makan makanan yang berlainan..hari2 pecah kepala duk fikir nak buat juadah apa untuk berbuka..hari ni buat kuih..esok buat kuih ..tapi bukalah makan sangat...
kalau masak lauk pun agak2 aja buyung..almaklum bukan ramai sangat nak makan..yang kak b ingat kak b buka puasa kat rumah baru 4 kali aja ..yang lain asyik memenuhi jemputan..kalau tak pergi nanti kecik hati pulak..tapi bagus juga semua jemputan tu menyeronokan..dari buka puasa sampailah bertadarus..jadi penuh lah malam2 mulia ni dengan ibadat..lepas dah dua minggu  ni kurang lah sikit kak b menerima jemputan..kerana kak b pun duk sibuk juga nak menjemput datang makan rumah kak b pulak..

jadi kak b pun buat lah persiapan untuk tetemu yang nak berbuka puasa kat rumah kak b ni..berbilang bangsa yang nak berbuka puasa rumah kak b...kawan2 kak b tak kisah mai lah..kita makan sama apa yang ada..ala kadar aja...kak b nak buat nasi tomato ayam golek,acar rampai..dal ikan masin,,anak kak b nak makan pajeri nanas..so jadi kak b kenalah buat untuk anak dara tu...yang anak dara kecik tu nak jemput kengkawan dia mai buka puasa kat rumah sebelum dia pergi luar negara...yang anak dara besar tu pun sibuk lah juga nak masak spageti kat adik dia...sedap pulak tu kalah spageti kat restoren besar..sedap sampai kadang 2 kak b makan berulang ulang..kalau kak b nak makan spegeti kak b suruh lah dia masak...

ni kalau orang utara depa panggil tempek nyok...sedap makan buat buka puasa...

kak b kalau orang nak mai buka puasa kat rumah seronok sangat..suami kak b pun sama..nanti dia sebuklah..membantu kak b ...tu baru nak mai buka puasa..kalau hari raya tak taulah buyung..lagi meriah lah kut kan...


No comments: