Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Tuesday, October 6, 2009

ayah tua..


aku mempelahan kan injin kerta ku..aku terus berhenti dan keluar dari kereta ku..aku hampiri pintu pagar yang tidak berkunci..dengan malas aku membuka pintu pagar itu perlahan lahan..

dari jauh aku melihat saorang ayah tua yang terjenguk jeguk..dari dalam rumah..dia nampak sedikit kurang riang ..tak seperti selalu..

kalau selalu dia akan gembira memanjat kerusi rodanya bila melihat kedatangan aku,,apa tah lagi .kedatangan aku selalu membawa makanan kesukaan nya..

tapi mengapa dia tidak riang pada hari ni?...aku jadi sedih bila melihat matanya merah berair..mungkin juga kerana aku hampir 4 hari tidak menjenguk nya..atau ada yang lain yang di simpan dari pengehtahuan ku..(aku tahu apa yang di dalam hati nya)

setelah aku memberi makanan yang ada di tangan ku..aku mula bertanya dia>.ayah..kenapa ayah sedeh sangat ni..ada apa2 kah yang ayah tak dapat atau ayah menanti kan sesuatu yang tak kunjung tiba...
ayah tak jawab terus.kerana dia tahu sangat kalau cerita yang tak releven aku tak akan benar kan ayah bercerita..kerana kesihatan nya yang tak mengizinkan...

tapi dalam hati ku tahu..yang ayah mungkin merindui saat 30 tahun lepas semasa anak2 masih bersamanya..menyambut hari raya..dan masih tinggal bersamanya...berbanding sekarang mereka semua berumah tngga..dan mempunyai tanggung jawab sendiri...

ayah tidak mahu begerak dari rumah yang aku sediakan untuk ayah...dia merasakan cukup selesa di rumah itu ..walaupun anak2 mahu ayah duduk bersama mereka...
ayah selalu enggan kemana sahaja..walaupun di ajak berjalan ke shopping mall..pada ayah hidup nya bahagia jika anak2 nya mengjenguk nya..walau pun sekali sekali..

aku yang paling hampir dengan ayah bertanggung jawab tentang makan minum ayah..aku lihat ayah terlalu tua untuk duduk sendirian.
.
dengan tangan nya terketar ketar,,dia masih ingin melakukan kerja rumah sendirian..bila aku menegurnya dia akan jawab,,ayah nak begerak kerana takut nanti tidak berpeluh..

aku doa kan ayah supaya selalu sihat ..walau pun ayah lumpuh..tapi ayah masih ingin begerak dan perlahan lahan untuk melakukan apa apa yang dia rasa mampu....

yang paling aku gembira ialah.. bila ayah ingin duduk bersama aku..atau adek2 yang lain..

tapi hati orang tua memang tak boleh di jangka...mungkin hari ni dia tak mahu mungkin esok dia mahu....walau senang dia dirumah anak2 nya..dia tetap suka di rumah nya sendiri...jadi kami adek beradek pun hanya mengikut kata ayah...

No comments: