Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Saturday, October 31, 2009

ayah nak juga atan tak peduli


anak2 ini tidak berpeluang untuk memborontak dan membantu ayah nya di masa tua..kerana ayah lebih dahulu meningalkan mereka....

hati ku tersentuh bila aku menoleh saorang anak kecil yang meronta ronta dan menjerit...aku melihat anak itu sekitar 4 tahun ,yang sudah boleh paham kalau kita menerangkan sesuatu...
tapi anak ini tidak peduli dan terus meronta untuk mendapatkan apa yang dia mahu.

aku juga melihat wajah ayah nya yang merah padam menahan rasa malunya kepada aku atau mungkin orang lain yang duduk berhampiran...
:atan anak juga barang mainan tu..nak juga.sambil berbaring di atas lantai dan tak peduli ayah nya yang menahan malu...
dia juga mungkin tak paham perasaan ayahnya...aku sedih melihat wajah ayah nya yang betul2 malu dan juga mungkin tak cukup duit.kerana dia menunjuk permainan yang murah...dan anak nya mahu yang sebaliknya..

aku masih tidak buang mataku ,masih melihat kejadian anak dan ayah itu...akhirnya ayah nya mengalah dengan membeli juga barangan yang anak nya ingin kan....dan aku lihat dalam wajah yang sedih dan malu itu..ayah itu terasa puas kerana dia telah membuat anaknya gembira walaupun terpaksa.....

itu ayah yang di paksa anak...tapi aku masih melihat betapa ayah nya pada suatu masa dahulu bekorban apa saja.tapi anaknya tidak langsung peduli persaan ayah nya .walaupun anak yang kecil suatu masa dulu sudah paham perasaan ayah nya..

apa pasal manusia cepat sungguh melupakan kebaikan yang di berikan...kenapa jadi begitu kejam kepada orang tua?..kenapa begitu rasa berkira sangat untuk menghulurkan kasih sayang kepada orang yang telah membesarkan kita..kenapa?...