Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Monday, October 20, 2008

kueh raya bawah tudung



KUiih raya ni baru jumpa kat rumah Ani (kawan karib masa aku kecil dan sepupu aku juga) dia buat kenduri kahwin anak dia hari ni.Jadi kuih ni dah tak jadi kuih raya dia jadi kuih majlis kenduri.Di kampung Tanjung Piandang kalau orang buat kenduri kahwin mesti ada kuih lama.Putu beras,telinga hind,bahulu,bankit jagung dan lidah jin. Yang lain tu tak sempat nak tengok depa dah bungkus.
...........................................................................................................................................................................


Not end yet pasal cerita hari raya ni ,aku ingat masa kecil dulu aku ni suka sangat lah nak tolong mak aku buat kuih.Emak aku pula jenis tak suka rimas dia nak buat sorang sorang dia, jadi aku pun dok tengok lah dia buat kuih kegemaran ku kuih bakar kacang hijau kuih orang kampung sedap sangat.
Lepas siap mak aku pun bubuh dalam tin hacks mana dia dapat tin tu aku pun tak tahu tapi punyalah panjang berbanding dengan tangan kecil aku yang berumur 6 tahun .

Aku tengok dia letak kat almari yang dah tentu tinggi berbanding aku yang kecil.
Dan dah tentu lah dia rasa selamat kuih dia kat situ sebab tentu punya aku tak sampai .

Apa lagi yang kecil diri aku tapi otak aku tak kecil aku bercita cita untuk mendapatkan kuih tu walau pun dia nak ;nyet; aku. Aku pun ambil bangku ,aku panjat dan aku capai HO HO HO apa lagi gugur lah tin itu bersama labu labu nya.

Memang benjolah kepala aku dan dah tentu emak aku yang pergi ke rumah mak lang aku akan balik selepas pi mencari resepi baru .

.Apa jadi dengan aku Phuih..emak aku jadi baik dan aku jadi hairan sebab emak aku kata;;la awat hang pi panjat emak ada simpan untuk hang bawah tudung pi panjat buat apa?.dah kepala hang senget tak lawa bila hari raya nanti;;aku pun heran la pasai apa mak baik sangat selalu dia ambil balik tin tu hempuk atas aku.

Tu lah orang dulu dulu buat kuih p simpan buat apa ,,bagi lah anak makan dulu baru tetamu,ni semua nak buat untuk orang mai bila raya.anak dok makan kuih yang tak jadi yang kemek yang kembang tak patut betul orng dulu

.
Aku pun tak tau macam mana mak aku terima takdir yang kueh dia semua patah selalu memang mampuih aku ,mungkin dia pi rumah mak lang. Ani sepupu aku buat benda yang sama kut. Jadi dia kesian kat Ani dia tak buat aku.Hoiiihh selamat aku dunia akhirat pada malam tu..

Sekarang ni aku buat kuih makan masa tu juga . Panas panas sampai ternganga mulut tak dak lah nak simpan2 macam orang dolu dolu .Pasal sekarang kita rasa hari raya pada bulan bukan raya .biskut raya dah di panggil biskut kering jadi tak ada keistimewaan nya lagi dan tak perlu di simpan dan di panggil biskut raya..

No comments: