Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Wednesday, October 27, 2010

senja permai

angin duk sepoi2 bahasa dan gila2 bahasa....aku cukup selesa di tepi pantai yang cukup indah...tapi dah petang..dah dekat nak senja dah...punggung aku makin berat nak angkat ..nak bergerak ke kereta yang tak jauh dari tempat duduk aku..

kerana angin sepoi2 bahasa tu lah buat aku makin nak duduk dan tak mau bangun....tapi aku pegang juga cakap2 orang tua2 dulu...hangpa jangan duk kat luar rumah bila senja..taku hantu sorok hangpa dalam hutan...masa tu aku kecil lagi..tapi terfikir juga aku masa tu..macam mana hantu nak bawa p dalam hutan...kuat ka dia nak angkut aku..sedangkan kita tak nampak dia...tapi aku kan budak masa tu ..tak nak lah aku fikir kan yang tak sampai dek otak aku..

tapi ni lain pulak senja menghampiri lagi setengah jam..aku makin seronok ni...tapi aku tak blih melepasi senja..jadi aku pun pun betul2 menghayati keindahan pantai dan bendang ketika mata hari nak terbenam....dalam siulan angin yang begitu merdu...aku juga terdengar siulan kecil ..rasa nya suara budak kecil...aku toleh kekiri aku..aku lihat budak berumur sekitar 5 tahun...

datang menyapa aku...makcik ni datang sorang ka?...makcik dari mana?...dah makan ka?..kuih kat situ dia menunjuk salah satu gerai yang ada..sedap mak yang buat...
banyak nya soalan dia...aku pun menjawab satu persatu dengan soalan yang di ajukan.....aku lihat budak ni macam teratur juga pakaian nya..tapi anak siapa?..dah dekat senja... kenapa masih di tepi pantai..mana mak dan ayah dia?.....

aku pun tak kisah sangat lah tentang dia..kerana pada aku anak  kecil ini mungkin anak2 yang sudah biasa bermain di pergigian pantai..
hampir 10 minit nak senja ...aku pun bangun untuk meninggalkan pantai yang indah tu kekereta aku...10 langkah aku berjalan aku melihat saorang ibu muda menangis di tepi pantai tadi teresak esak...aku pun dengan perasaan nak ambil tahu tentang keadaanya..menghampiri ibu muda itu....adek kenapa menangis kat sini...dah nak senja dah...jom lah kita balik....dia tidak menjawab..dia hanya memandang aku dan terus menangis teresak esak....

aku jadi cemas ...dan ingin meninggal kan tempat tu...sebelum aku melangkah sebanyak 3 langkah...dia bersuara..Kak !...ada nampak anak perempuan saya?...dah 3 bulan saya kehilangan dia di sini.....aku pun berfikir eh! eh!..anak kecil tadi ka?...tapi dah tak nampak dah.....aku diam dan tak jawab soalan dia...aku pun tak tahu kenapa....

gambar budak comel ini tak ada kena mengena dengan cerita QB....ini comel sangat yang ni pun ramah juga...
aku terus berlalu kekereta...dan bergerak keluar.....dalam kepala aku teringat cerita 3 bulan lepas.... ada anak kecil dan ibu muda lemas di pantai yang sama...aku tak tahu ada kena mengena atau tidak dengan cerita anak kecil tadi dan ibu muda itu....tak nak fikir..masih nak menghayati keindahan pantai ni...

No comments: