Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Friday, November 14, 2008

Omani Omani

Yang ni Al Ustaz Abdullah Al janggut nya panjang dari Oman.Yang sebelah tu Al Sanusi janggut baru nak panjang,ibu bapa nya berasal dari tanah Bugis....Ustaz ni sahabat baik kami semasa di Oman.Orang nya terlalu sopan dan baik dan banyak membantu.
Yang ni rombongan kami dari Malaysia semua cedik berani gagah dan sanggup menghadapi cabaran di negeri orang,Mr Lim,Hj Ishak,En Apyian,Hj Malik,Raja Dato Rapiah,Pn Rosnah,Hj Sanusi damak.Hj Sanusi dan Mr Choy.Dato IKwan Tak nampak sebab dia letih sangat dan merehatkan diri nya di hotel,Adik kesayangan ku Tku Sabirin tengah anbil gambar ni.
Yang belakang tu suami kesayangan ku yang lapar malam malam nak makan roti cadar..yang buat roti cadar tu Halim dari Pakistan dia seronok aku ambil gambar dia kata nak masuk kan dalam buku masakan.
Hi dato banyak lagi tu tak habis makan ,dah sampai Oman perut kena bagi jadi setokin,Hj Malik tu baru nak baca bismillah.Hj Ishak dah kira nak suruh bungkus dah tapi siapa nak makan sedangkan 2 jam lagi nak makan lagi.
Begitu lah mewah nya makanan di Oman.
Yang ni rumah brother Ali abang kepada Hameed adik angkat ku dari Oman.Mereka cukup raii kan tetamu yang datang bertandang.Ya Allah ,kau murah kan lah, rezeki orang yang memberi kami makan dan minum, ampunkan lah ,,segala dosa nya dan juga keluaganya.AMIN.Abang Ali yang duduk ujung tu.


Awal tahun ini aku dan suami membawa rombongan rakan niaga ke Oman, Dubai dan Abu dhabi .Ramai juga group kami dalam 25 pax.Sebelum dia orang sampai, aku dan suami dah sampai di sana dah untuk menuyusun atur cara untuk kesemua delegate yang di homati.

Sebelum mereka sampai aku sempat pergi beramah mesra dengan adik beradik angkat ku di sana.Mereka ni tidak jauh berbeza dengan orang melayu Malaysia,cara mereka bergaul memang sebiji macam orang kita.Tapi yang aku lihat mereka ni kalau mereka anggap kita macam adik beradik depa,depa nanti arak kita p semua rumah adik beradik depa yang kalau jalan sebulan pun baru cover 10% saja.Memang tak sesuai untuk aku begitu kerana kalau duduk seminggu dan dok p atur rumah sampai 20 biji memanglah balik pakai jubah badan pun naik.
Bab makan pula depa ni masak macam bolih demam sebab nak suruh makan ayam sekor untuk 2 orang ,udang besar 20ekor untuk 2 orang, nasi ada ,roti cadar ada, tak tau lah macam sekali makan ,tok sah dok makan dah dan 2 bulan..

Tak tau lah sayang sangat lah depa ni kat kami suami isteri..depa bagi kami rumah banglo 7 bilik dan makanan penuh dalam peti ais .Aku pulak suka masak aku masak lah makanan aku dan suami.Di sana makanan harian kami nasi beryiani.Malam beryiani siang beryiani subuh beryiani sampai mimpi pun aku dok kunyah daging kambing beryiani.

Memberi makan adalah satu kepuasan untuk orang 2 Omani.Mereka akan rasa tak masuk syurga kalau tetamu tak keluar dari rumah mereka dengan sarat mengandung makanan yang di saji.Burrlrp.Alhamdulilah...
.................. SUKA MERAJUK JUGA ORANG OMAN NI.................................
Dan sesungguhnya mereka ini bolih merajuk.. Kalah orang melayu jati.Kalau orang melayu nak pi merajuk dengan depa p belajar cara nak merajuk dulu, takut malu keturunan dan ketuanan melayu.Mungkin orang Bugis bolih pi melawan merajuk, tu pun mesti kalah..
Kenapa depa ni serupa sangat perangai macam orang melayu ? adakah orang melayu pernah menjajah negara depa.Ikut sejarah tak dak pun.Atau pun adakah tok nenek monyang sesiapa yang lari pi menikah dengan tok nenek dara Oman?.mungkin ada berlaku tapi tak tau siapa.Biar lah menjadi tekana dan tekini.
Yang aku nak tahu sangat dari dulu sampai sekarang dan selamanya ,
Apa kena mengena' halwa maskat yang ' (kuih yang di kacau selama 4 jam sampai patah pinggang pasal nak tunggu tepung beras jadi berkilat)tok aku buat dulu dulu masa nak sambut raya puasa.Dia orang pun ada halwa juga tapi tak panggil halwa maskat pun dia orang panggil'AL HALWA from MUSCUT' .dia oerang terkejut bila aku memberitahu yang kami ada kuih yang bernama ibu negeri dia orang..

Banyak lagi pasal orang Oman ni aku nak cerita tapi sapai disini saja yuk..

No comments: