Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Monday, November 17, 2008

Majlis kenduri kat kampung Tanjung Piandang



Ni tetamu cilik yang hadir di rumah orang kahwin tu.Hati ku tersentuh dengan anak kecil comel yang berbaju purple tu nama dia Shafikah.Tapi muka dia macam Diena Wong masa kecil,dia baik,cantik ramah berkawan dan tak suka terpijak nasi yang berteraburan di lantai bila ada kenduri macam DW juga..I love you sinderella..



Yang ni bunga pahar yang di hadiah kan kepada Ani untuk menyambut menantu dari mak Ngah Nah.Bunga Rose tau.




Yang ni Kak tun dan Ayung Bibah baru siap buat bunga Pahar .Warna matching ngan baju Ayung Bibah.
................................................................................................................................................................
La depa nak buat kenuri dah kat rumah depa nak sambut menantu yang cantik manis dan berbudi bahasa.Nah hang mai na rumah aku 17 nov ni na,hang jangan tak mai tau anak sulung jantan aku nak menikah ni .Aku panggil hang siap siap tau takut kad tak sampai .Tu dah 2 bulan lepas Yunus bapak pengantin menjemput aku dan suami kerumah nya .
Sampai lah masa nak kenduri kami pun bersedialah nak p rumah dia,aku pun p lah buat bunga pahar kat dia 100 kuntum lawa pulak tu.Bagi hadiah.Call Ayung Bibah call Kak Tun yang duk kat Parit Buntar nak ajak p sekali.
Kami pun pi lah rumah depa untuk beramai ramai .Depa buat merhaban dan bertahlil pada malam yang kami duk ikat bunga telur tu.
Tapi yang aku hairan tu kenapa dia buat hari Isnin bukan hari cuti am ka? umum ka? siapa nak mai hari orang tak cuti?.
OOH padan lah dulu dia habak kat aku mai la jangan tak mai kami nak buat kenduri sikit sikit saja kecil kecil.Mungkin lah dia nak buat sikit sebab tu dia buat pada hari isnin.Jarang dah orang kampung buat kenduri pada hari yang bukan hari cuti.
Duk esok tu aku ,suami ,Pak Long sekeluarga,kak tun,mak teh (aku tumpangkan dia dari sg,Labu.)pi lah makan kenduri kat rumah Ani dan Yunus.Aku sampai pukul 12 tepat kat rumah dia dah tak bolih masuk dah punya lah ramai orang ,mai mana?
.
Aku pernah p merata rumah orang kenduri yang terlalu kaya yang terlalu miskin dan yang tak miskin dan tak kaya tapi tak lah macam rumah Yunus (yang dia kata kenduri kecil tu).Aku anggarkan 3ribu ke 4 ribu orang menghadiri rumah orang biasa sahaja ,bukan orang besar atau orang ada ada macam mak Zaitun yang ada cincin berlian.

.Makanan yang sederhana di hidang kan kepada semua tetamu sama rata tak ada tetamu vip .Tetapi yang ada hanyalah besar hati tuan rumah menerima tetamu dan besar hati tetamu menghadiri jamuan itu.Aku menjadi manusia yang memerhati bertapa bersyukur nya setiap insan di depanku dan pasrah apa saja yang ada dan turun dari yang Maha Esa.

No comments: