Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Sunday, September 6, 2009

satu malaysia kah? satu kan pemimpin...?..


yang ni Mr David dari sunshine bayan baru... dia bersama sama Qb meraikan 70 anak2 yatim dan anak2 keluarga daif...dalam gambar ni dia memberi sedekah dari poket nya sendiri untuk dua beradik yang kehilangan ayahanda nya tahun lalu...dia juga berpakaian baju melayu kerana dia hendak merasakan sausana bergembira bersama mereka...dia sayang kanak2...dan pada hari tu anak2 itu memangilnya pakchik David....pada pandangan Qb ...dia terlalu natural bukan pasal bussines.....sanggupkah kita meragut keaslian yang telah tertanam di diri dua bangsa yang berlainan ugama ni...hanya kerana pertelagahan pemimpin negara....(I like you David)

gambar hanya hiasan.sedap nya depa makan....(i miss u Amou.)

Apa dia satu melaysia tu popo...anak kecil yang baru berumur 6 tahun bertanya kepada aku....mana anna tau pasal satu malaysia ni?.tanya aku kepada cucu ku yang ingin sangat nak tahu.pasal banyak sangat iklan dalam tv...memang budak kecil suka dengan iklan tv...macam mana aku nak jawab ni ..aku sendiri pun tak paham pasal 1.malaysia ni..macam mana aku nak paham psal 1.malaysia ni...sebab gambar2 yang di tayang dalam tv tu dah aku buat sejak aku dilahirkan...aku dari keluarga campuran india ,,cina, melayu , siam,belanda ,bangla,monggol,dan banyak lagi di dalam dan di luar negeri,,,kami dah lalui dan tidak ada masaalah langsung untuk kehidupan kami..aku pernah diasuh olih toke ayah ku ..yang berbangsa cina dan berugama buddha...aku gemuk di suap makan..dan dia tidak membiar aku kelaparan kerana aku melayu yang berugama Islam...dia sayang aku dan selalu merindui aku...kalau aku tak mengikut ayah ku ke tempat kerjanya....dia akan mengambil aku untuk bermain dengan anak2 nya......aku mempunyai jiran yang bila satu masa isterinya melahirkan anak dan suami nya sakit ..dan terpaksa di hantar ke hospital ..mak aku lah yang pergi merawat makchik lily....
kawan baik ayah ku..... yang selalu p mengopi...... pak chik mohan ... panggil kami sekeluarga ke rumah nya ..bila meraikan hari kesyukuran.......lela anak pak chik mohan selalu nak ajak aku tengok cerita tamil....sampai aku kenal pelakon2 yang misai tebal....
banyak lagi kenangan semasa aku kecil dengan sahabat2 yang berlain bangsa dan ugama...dan kami tidak menghadapi masalah langsung....aku pernah di marahi olih jiran ku yang bukan sebangsa dengan ku...kerana aku bermain di tepi parit..kalau dia dengki dengan aku kerana aku bukan sebangsa dengan nya..dah tentu dia biarkan aku bermain disitu..biar aku tertungging dan mati kembung di dalam parit tu...
tapi hati dia orang bersih..tak mahu benda yang remeh temeh..tak macam orang2 kita.bila marah saja..terus maki..biaq hang p mampuih..senang aku hidup dalam dunia ni..tu baru nak terlanggar ayam dia dengan basikal kecil..ayam dia lebih berharga dari persahabatan dia dengan jiran dia....
aku kenal wayang cina opera pasal aku di usung olih jiran aku untuk pergi sama2 menonton..dan aku kenal kawade kerana aku juga diajak untuk menabur bunga bila kawan aku menarik kereta lembu bersama ayah nya di dalam pesta itu........
tak kafir pun aku..tak murtad pun aku..pada aku itu adalah game..almaklom dulu kan kurang permainan ..dan kami seronok bila ada pesta macam tu...aku selalu tunggu bulan hantu cina..kerana hanya bulan tu sahaja ada opera cina...aku seronok sangat..aku tak kena pun sampuk hantu..pasal keluar malam2 kat situ..mak ayah aku mencari rezeki di situ menjual sate dan minuman...ramai lagi orang melayu yang di bagi tempat berniaga..hanya untuk sama2 meraikan pesta itu...tak dak pun yang kena kerat sampai lapan....bila kami duduk dalam komiti mereka...kami saling menghormati sesama lain ..hingga ke hari ini...jadi sejak bila rakyat melaysia berpecah..aku tak rasa langsung hingga kehari ini...kenapa sibok nak satukan orang 2 yang tak berpecah lngsung?...hairan aku .. cara kita buat iklan tu dah macam rakyat malaysia ni dah hura hara dan tenat sesangat....kita tepuk dada kita ..dan tanya hati kita betulkah rakyat malaysia macam yang digambarkan?... macam dah tak selamat dah p tengok opera cina atau tengok kawade atau pun p tengok concert datuk siti.... kita nak satu kan adalah orang melayu yang selalu ada masalah ...bukan orang bangsa lain..pasal dia orang tak ada masalah dengki khianat.. dari pandangan mataku...
aku bersedekah pada umat islam di bulan Ramadan dan aku menderma kepada bangsa cina... bila tiba raya cina..aku tak rasa kafir atau haram pun buat macam tu..malah aku rasa puas dan tenang...aku tak rasa jijik pun memandikan anak kawan ku lela..semasa dia dilahirkan...aku tak rasa kotor diri ku untuk membersihkan darah nifas lela....kerana aku kawan rapat dia...ugama aku mengajar untuk berbuat baik bukan untuk bergaduh dan bermusuh..tambah lagi dia jiran ku...sanggupkah kami gadai persehabatan kami....hanya kerana peminpin kami bertelagah....?...kami tak akan berpisah malah persahabatan kami lagi erat...kerana kami mendahului peminpin majadikan satu malaysia dan berperikemanusiaan.....

((Qb..masih ingat pesan emak kawan Qb yang kuat beribadat.... selalu ke kuil...dia berpesan.... kalau pun kita tak nak buat baik ....tapi kita jangan buat jahat kat orang....apa tu?... satu malaysia yang gembar gemburkan?..nak tau lah...kalau tak tau tak bolih jawab cucu.. malu popo..}(macam mana aku nak kerat badan aku ..setengah malayu setengah cina)HAIII YAAAH...

No comments: