Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Monday, January 12, 2009

Se;lamat tahun baru semua kena baru

Memang seronok duduk bergebang lagi lagi kalau ada isu semasa ,
yang kena mengena dengan
orang yang kita nak kata dan kita kata sedap sedap.
tu nama dia mengumpat .tapi mengumpat positiv la seronok seronok,
kata pun adik beradik kita juga.setengah hari pun tak rasa kan
Kalau kuih sedap macam ni kena pula ko O huih duk 3 jam pun tak pa .
Janji ada benda sedap nak menguyah.Nampak macam kopi kampung tu.
.......................................................................................................................................................................

La lama nya tak menaip ,rasa dah keras tangan dengan otak sekali.Ni Qb nak cerita pasal tahun
baru ni. Semua kena baru.

Prangai baru.
A) aku berazam tak mau p ikut kawan p mengumpat
sampai 3 jam.sejam dua tak pa.Tu pun kalau tempat duduk selesa
makanan sedap ,topic bagus.Bukan pasal cerita mawi & ikin,cerita abby & norman atau
cerita politik.tak mau tak mau cerita tu semuanya boring.,dan akan mengurangkan
selera makan.

Kalau cerita macam mana nak masuk duit 4 jam pun tak pa.
Kalau nak mengumpat mestilah orang yang kita kenal.
kalau tak kenal tak mau, sebab tak bolih nak tampar muka dia dalam
kepala otak kita bila kita geram.

Selera baru......
....Selera pun mesti baru juga.Macam nak berfeshen gaYa baru,
macam artis Hongkong gitu. P pasar pakai kasut tumit tinggi 4in.
Pakai baju lengan panjang macam opera cina labuh sampai ke tumit

pakai seket labuh macam filem hindustan,pakai rambut palsu macam era fazira.Make up macam artis indon gitu khelass aku.Jalan mesti macam kucing capek kiri kanan
kiri kanan.Ala ala model.

Tu baru nak pergi pasar tu ,tapi pasaraya bukan pasar borong.
Belum p majlis mengumpat lagi.majlis kenduri,majlis enjoy gila dan banyak lagi majlis yang baru baru.Hi Hi seronok nya baru awal tahun dah banyak majlis dah.

Pakaian baru.....
..Kita tukar semua pakaian kita ,HUPS bukan tukar pakaian maksud aku tukar warna pakaian.kalau dulu kita pakai warna warna yang alami.
Sekarang kita pakai lah warna warna cerah,yang bila kita keluar dan kena saja matahari, ranting, rumput , lembu ,kambing ,
bas stand apa saja yang ada di tepi jalan semua kena fire.
maksud nya ,dari jauh orang dah nampak kita terang benderang .Bukan nak menunjuk tapi nak iklan.

Fikiran benda baru baru........
...kita kena fikir yang baru saja.Yang lama dan tak tercapai tahun lepas lantak lah.
Kita fikir macam mana nak cari kawan, yang langsung tak ada masaala kehidupan walaupun umur dia dah capai 80tahun. Dan yang langsung tak pernah pergi ke bandaraya Ipoh, walaupun umur dia dah 70tahun dan tinggal hanya 20km dari bandar itu.pasal apa dia tak p kat pekan tu yang macam macam ada.
orang tak bawa dia ka mak cik tu?. aku pun heran lah,kesian kat dia.tapi sebelum ni tak pernah fikir pun yang KFC tu semua orang tau .Ingat semua orang dah rasa kesedapan ayam goreng KFC.Rupanya ada yang tak pernah dengar pun apa itu KFC, walaupun dah ada kat bumi Melaysia kita ni lebih 30tahun.

Dok fikir juga macam mana nak buat ayam panggang ,tapi rasa macam lepat pisang.Kawan aku cakap dia buat bolih .Dia pakai tepung apa dia tak cakap pun.Dia pakai ayam apa pun tak cakap.Ayam tu sembelih ke dak ke dia tak cakap pun.Macam mana aku nak buat ayam panggang rasa lepat pisang?..
.kalau tak sempat fikir tahun ni aku forward tahun depan;janji;;.
Macam mana nak kuruskan badan pakai daun kelapa sawit.Ni lagi satu minah ni, hantar sms merata, cakap yang dia turun 10kilo pakai daun kelapa sawit saja.Betui ka minah ni?..

Pas tu tak mau cakap macam mana dia buat ,duk bagi kita fikir buat apa? .Nak rebus ka ?,nak rendam minum air dia ka? nak campur dengan nasi ka? nak buat macam mana mariam oiii? nak buat bunga rampai kut.buh dalam kereta hidu lama lama bolih susut badan kut. banyak nya kut kut dia .

Tak mau cakap pun tak pa lah.
dan banyak lagi kita kena fikir untuk tahun 2009 ni.Tapi yang nyata nya tahun lepas punya azam masih carry forward dan ada yang aku dah lupa apa dia.Lagi pun masuk saja tahun baru tahun ni aku terlalu sibuk sampai tak sempat nak mengadap lap top aku ni.
Tapi sekarang QB kembali ..ye..ye..ye..

3 comments:

Unknown said...

amboi depa syok no new year.. kita duk busy sampai tak rasa siang malam.. duk reja reja reja.. taktau bila nak kaya.. kayap ada la..

queen bee said...

la.. hang ni new year kita
kena la happy.yang hang dok reje reja reja buat apa ? banyak duitbuh tang mana?hang tok sah dok jadi kaya
lah bukan seronok sangat.

Unknown said...

apa boleh buat.. hidup ni bukan free.. semua kena bayaq.. sementara muda ni la nak reja kuat..