Follow by Email

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Friday, February 26, 2010

dalam masjid pun ada sok sek


oiiiiiii lawanya akupakai tudung ari ni ..nampak alim aja...eh riak nya aku macam merak kayangan...
eh ada jubah..aku cium bau jubah aku dah lama aku tak pakai...eh lagi lawa dan berserila..eh merak lah aku ni..tu belum pakai kasut but lagi..dah macam pensyarah terkenal pulak...eh eh bukan macam penyanyi latar lagu nasyid ke?....

aku tukar balik baju jubah tu aku pakai yang biasa saja tapi cantek..almaklum lah nak p dengar syarahan ugama dan sambut maulud nabi kat masjid...
aku terdengar suami tercinta mmemanggil nama aku...b..b..tak siap lagi ke ?..takan nak p masjid pun bersolek sampai 1 jam kut sayang oi..ye..ye..dah siap dah cuma sempat berangan sikit...

sampai kami kat masjid ..orang dah mula ramai berkumpul kerana nak menunaikan fardu magrib ..aku pun p lah menchelah..dapat juga tempat kat sebelah tepi dan belakang sekali ..tak palah ..nanti bila dengar syarahan bolih juga buat sandar belakang..
selesai sembahyang magrib.imam pun mula bersyarah...jadi aku pun mula lah nak khusuk dengar syarahan tu..

tiba2..di kiri dan kanan ku ada pembantu imam..bayangkan mereka duduk dikiri dan kanan ku..dan depa tengah mengumpat pak mentua salah sorang yang ada bersama sama ku di situ...
aku nak tegur nanti dia orang keliru pulak..siapa aku nak tegur dia orang..

lagi kuat imam bercakap.lagi kuat depa mengata..aku rasa nak sumbat mulut depa dengan sejadah..awat depa tak keluar aja nak mengumpat bapak mentua depa?...dalam sejam tu aku dah tau berapa bini pak mentua depa..dan berapa umur bini muda dia..dan derita mak mentua dia..mak mentua dia bini no dua...

aku nak sumbat telinga nanti tak dengar pulak syarahan tok imam tu..yang berselang seli dengan syarahan pembantu dia...

aku jadi nak muntah akhirnya..aku nak keluar orang penuh di depan aku...aku makin geram dan hilang kosentrasi ku..aku sekarang terus berdoa supaya tuhan bagi aku laluan dan tinggal kan saf tu...aku buka saja mataku..kiri kanan ku terus diam ..dan aku menoleh tiada lagi depa kat situ..aku jadi lapang dada dan jelas aku dengar syarahan imam tu..

ya tuhan jangan lah kau duga aku lagi..aku mohon ampun dan maaf andaikata doa ku bertentangan dengan kehendakmu...aku terima apa sahaja yang kau beri..dan aku tahu kau sedang menguji aku...

selesai saja habis sembahyang ishak..aku pun keluar menunggu suami ku di parking kereta..dari jauh aku nampak kelompok tadi membesar di tepi tangga masjid.....
lantaklah kat dia orang..masjid tu kepunyaan semua orang islam ...jadi masing2 perliharalah kesucian masjid kita...

walau macam manapun aku jadi seronok bila suami tercinta ajak p pekena roti canai dan teh tarek tepi pantai.....

No comments: