Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Tuesday, February 9, 2010

R&R punya cerita...(sambung cerita laptop)


nampak tenang dan bersih R&R di negara kita..kemudahan macam2...

perjalanan aku tak habis lagi..duduk atas jalan lagi..dalam 2 jam perjalanan aku aku pun nak singgah lagi kat R&R lagi satu...aku ni kalau tak nak p bilik air memang lah tak singgah ..lagi2 musim orang ramai..aku tak suka benda yang akan membuat aku menunggu walau pun untuk kepentingan aku kecuali aku memang kena buat..ok.lah.aku buat..

aku kalau singgah mesti ke bilik air dulu lepas tu baru merayap satu gerai ke satu gerai.macam shopping komplek pulak..tapi biasa memang biasa aku juga saorang perempuan ..biasalah orang perempuan ni dia suka bertandang..aku tak di kecualikan..aku tengok juga apa yang nak makan sebab tadi masa aku kat R&R yang pertama aku singgah aku tak makan sebab takut lap top aku kena curi..

tapi kali ni aku dapat parking dekat dengan kerusi duduk aku..aku suruh laki aku pegi cup meja yang dekat dengan parking..pasal fobia dengar apek tadi cerita..aku q juga tapi tk ramai sangat.aku pun ambillah jus apple dan roti cream..

pasal aku lapar sangat tapi tak nak makan nasi..aku pun p menuju kat meja yang laki aku dah chup..aku tengok tadi laki aku sorang ..ni ada pulak makchik yang agak umur dia 60tahun lebih rasanya..dari jauh aku pandang dia siapa pulak duk dengan laki aku ni..dia terjumpa saudara mara dia ke?.tapi aku tak kenal pun..

elok saja aku sampai kat meja ..aku nampak makchik tu macam lepas menangis..tapi pasal apa?..dia berpakaian kemas..sempat juga aku menjeling lengan dia ..bolih tahan juga barang kemas dia.kalau jual tu.. bolih juga p melanchung kat luar negeri dan beli barang tampa tawar menawar..
elok aja aku duduk berdepan dengan dia..aku pun sebagai orang yang dah dekat nak tua ni..menghulurkan tangan ku salam perkenalan..aku pelawa dia makan roti yang aku beli cuma satu..tapi biasa lah.orang melayu ni cakap cukup berlapek.makan lah nak..makcik dah makan..
makchik....tadi tu suami anak ke?..

aku....ye ..makcik kenal dia ke..

makcik ....tak kenal cuma tempat duduk dah penuh dia bagi makcik tumpang..

aku...makcik sorang aja ke?....

makcik ..tak aih ramai saudara mara ..tuuuu..dia menujuk sekumpulan manusia yang sedang beratur menunggu nasi ayam..

aku..makcik nak p mana ni?...

makchik.....nak pergi hantar pengantin kat johor..

aku... aku nampak dia macam lepas menangis.. sedangkan sebenarnya dia tengah seronok nak p berpesta.(dalam hatiku berkata)

aku..ni yang buat aku nak ambil hal dia ni..aku mesti nak tau pasal apa dia sebak dalam seronok..lagi pun hari aku bukan ada buat apa..baik aku dengar cerita dia..

aku...makcik nampak macam tak seronok dan sedih kenapa..(cheh "" aku dah masuk daun dah)
lepas aku tanya dia ..terperanjat aku dia terus menagis tersesak esak..aku menjadi kecut juga nanti orang ingat aku macam marah orang tua2 tengah2 jalan..orang bukan tahu pun..

makchik...yang nak menikah ni anak perempuan makchik..makchik harap dia bahagia kali ni..sebab makchik tau dia baik dan penyabar orang nya..dia menikah teruna....

aku...ooooo ada cerita ropenye...aku korek lagi sikit

aku...makchik mesti seronok lah... tok sah lah duk sedih..kan anak makchik dah dapat jodoh..

makchik....kalau anak nak tahu kat sini lah anak makchik tu diceraikan olih bekas suami dia..3tahun lalu..kerana #$%^&@@*&^%$# pok pek pok pek....

aku..ooooooooooooooo..kat meja ni?...aku dah jadi seram sejuk dah..perjalanan aku hari ni..banyak sangat cerita R&R...

makchik...anak nak p mana?..

aku..nak duduk kat sana meja tu kecil sikit..tak palah makcik duklah kat sini..tu sedara mara makcik ramai tu..saya cari tempat lain..
makcik....baik lah..jalan elok2 kirim salam kat suami..
aku..yelah sambil bersalaman dengan makcik tu..sambil jeling gelang dia..

dari jauh aku lihat laki aku duk mencari aku..dan aku nampak makcik tu tunjuk meja aku kat dia...sampai aja laki aku kat meja aku..aku terus lah bersembang dengan dia..dia pun layan aku kami pun sama2 buat andaian bodoh..

bukan kenal pun orang2 kat situ tapi masing2 ada cerita..perjalanan aku kena campur 1 jam lagi..aku nak p bilik air siap2 tak nak dengar lagi maslah orang untuk ari ni....tapi mata aku setiap 5 minit menjeling ke kereta yang aku parking tak jauh dari pandangan mata..bukan apa takut lap top hilang...

No comments: