Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Friday, December 12, 2008

Nasi Lemak Daun Pisang


Nasi lemak daun pisang memang terkenal sangat kat tempat aku ni ,nak pi makan kena q.Aku kalau terasa nak pi makan dengan ayang aku ,kami p pagi pagi sebelum p beli ikan kat pasar.Aku pun rasa hairan lah ,pasal apa ramai sangat orang dok beratur beli nasi lemak dia termasuk aku ?
.Nak kata sedap rasa nya ada lagi yang sedap tapi berperiuk periuk lah dia masak.
Yang buat dia tu sepesel tu rasa nya, pasai dia balut nasi tu pakai daun pisang dan sambal dia bubuh banyak.Semua yang mai bungkus tu lebih dari lima bungkus termasuk aku. Nak makan 3 orang saja tapi p bungkus 5.Pelaris apa dia pakai tu ??? nak makan satu p bungkus 5.Pas tu dia ada bihun goreng ala kampung sedap juga ,pun bungkus dengan daun pisang.Banyak sungguh dia pakai daun pisang kemungkinan dia ada kebun pisang kut.
Kedai dia bukan lah besar sangat kedai kampung saja, tapi yang p kedai dia tu tergulung dari tukang kebun sampai ke dato' dato' tau.Bila kat kedai dia tu, Aku rasa macam p kedai orang kampung dulu dulu ,susana dia pagi tu hujan renyai renyai .
Orang mai pakai payung ,pakai baju hujan,tutup kepala dengan kertas surat habag dan mai kayuh basikal pun ada.Ada juga tutup dengan daun keladi.Yang aku tak nampak tutup dengan daun rembia dan kain tarpan.(kain orng buat khemah)Huih meriah sungguh kampung yang duduk nya lebih kurang 3 km dari airport.5km dari bandaraya besar.

.Kereta bolih parking mana suka. Jaga jaga takut tergelek ayam dan kucing jinak saja.Tentang tempat duduk kat kedai tu kena tunggu sat ,sampai orang habis makan kita pi chup.Mata kena cekap macam main music chair.
Orang yang dok balut nasi lemak tu 4 orang.Tangan depa macam kerja kilang tak berenti.
Aku dok kira pekerja dia ada lebih kurang 12 orang nak layan orang sarapan pagi sahaja.
lontong dengan roti canai dia pun sedap.Tapi yang popular kat situ nasi lemak daun pisang dia la sesungguhnya. Aku dok kira duit dalam poket toke dia.Teruk lah aku ni macam tak dak kerja lain. Tu nak ambil hal orang la tu( ayang aku tegur).Rasa nya dia dah pi Haji 7 kali kut,Alhamdulillah rezeki depa.
Kalau terasa nak p makan nasi lemak daun pisang dia bagi tau mak ngah ok.Mak ngah p belanja pun tak pa.

No comments: