Follow by Email

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Wednesday, December 24, 2008

Ouii Cik Bee pakai lawa lawa na.

Huih siapa pagi pagi ni dok talipon cek ni?. Orang nak tidor dok gerak buat apa?
nasib baik ringing tone lagu sedap ,kalau tak memang naik darah pagi pukul 6 ,
lagu sedap pun bolih bertukar jadi macam gendang naga.Oi cik Bee hang bangun la cepat
aku nak ajak hang p satu tempat ni.Tempat dia best tau hang pakai cantik cantik tau.past tu dia tak talipon.Yang aku ni dah pening kepala pasal bangun terkejut dia tak tau.Yang dia aku tak tau kalut sangat pagi pagi dok gerak orang.
Awat dia ingat aku ni nak p pakai baju tidur ka?.

.Dalam duk menrungut tu ,aku bangun juga buat macam dia suruh.Apa ilmu dia pakai aku pun tak tau bolih menunduk kan aku dengar cakap dia.
TING! TONG! Ha tu dia sampai dah minah kalut tu.Aku baru nak sapu bedak.Ouii awat hang pakai lawa sangat ni cik Bee oi.La hang ni bukan ka tadi hang call aku suruh aku pakai lawa?. Ka, aku minpi?.

Ya lah tapi hang lebih lawa pada aku,mana bolih.Habis hang nak suruh aku tukar pakai kain pelekat laki aku ka?.Dak la ,tapi sat gi orang dok perati hang tak kelih aku.Tak pa lah aku tak perasan macam hang.Tapi lawa apa aku ni, pakai simple pun hang kata lawa dah.Lain kali jangan dok pesan suruh pakai lawa2 aku dah memang lawa dah hang tau dak?.


Ni mek Ella oi,, hang nak ajak aku pi mana ni? susah2 mai cari aku pagi2 ni?.
Bukan jauh pun nak ajak hang pi ni cik Bee ouii, kat kedai kopi tiam tangtu saja.Nak ajak hang pi makan roti bakar saja.La awat susah2 dok bawa aku pi kedai? kan kat rumah aku pun ada roti bakar ,kukus dan goreng.Kopi aku lagi sedap dari depa banchuh hang tau dak cik Ella oui.

Tapi kat rumah hang susah aku nak mengata mengumpat.Pasal apa tak bolih pula? Pasal hang tu kalau kat rumah sat sat bangun sat sat bangun tak bolih nak concentrate.Ya lah kat rumah memang la aku macam tu macam tu .

Hah order lah cik Bee oi.Ok,kopi O dengan roti bakar butter kaya.Hang nak apa cik Ella ?.Aku nak order nasi lemak dengan kopi susu.kami pun makan lan pelahan2 sambil lah bersembang membang.

La hang becerai dengan laki hang? bila? pasal apa?jadi macam mana? anak hang kat mana?.Banyak nya soalan aku kat dia ,sampai dia sebak.Tu lah aku kata tadi tok sah dok mai kat kedai .Hang degil.Tu hang dok mengais depan khalayak ramai buat apa.Kan kat rumah aku tadi aman tak dak sapa pagi2 ni.Ayang aku pun bangun lambat ,Dan dia pun sporting.
Hang tau dak, dengan linangan air mata dia tunduk tengok kopi dia. Dia cerai aku pasal dia kata dia nak pindah balik kampung, aku tak mau ikut dia.

La la... takkan pasal tu dia pi cerai hang.Mesti ada benda yang hang tak cerita kat aku ni....
benda ni dah 2 tahun melarat sampai aku tak tahan, dia tak tahan, tu yang meletup tu...

Tapi hang tak pernah cerita kat aku pun,cuma hang selalu mengadu yang hang selalu bergaduh dengan laki hang.Tu yang aku tau.Tapi sampai bercerai ni kes naya ni.Mana tak naya cik Bee ouii dia pi menikah dengan anak dara tua kat kampung dia,sampai hati dia buat kat aku macam tu.

Hang tu lagi sampai hati Ella buat kat bekas laki hang .Pasal apa hang masuk sebelah dia? kata kat aku macam tu?.Aku nak mengadu kat hang,hang marah kat aku balik.Ya lah cuba hang fikir tengok kan kah dia ajak hang balik kampung,hang tak mau ikut dia,dia nak orang jaga dia, makan minum dia, kemas rumah dia dan bantal peluk dia.Yang hang tak mau ikut dia,dia tak bolih paksa hang, dia kena tinggal hang nak bagi hang menyesal dan menangis macam ni lah.

Yang sebenar nya aku pun bukan lah menyesal sangat pasal tu.jadi buat apa hang dok menangis macam ni?.Mulut dok merepek hati dok mengenang Ella, aku bolih tengok kat muka hang.Dak cik Bee ouii,sebenar nya selama ni aku tak rasa tergugat langsung pasal kasih sayang laki aku.Aku berani kerat jari yang dia tak akan jatuh cinta dengan perempuan lain.Dan tak akan tinggal aku.Sebab kami dah kenal lama dah sesama kerja dulu.Dia cukup sayang kat aku.Dia dengar cakap aku dan kami bahagia sangat.Anak aku semua dah besar 2 dah.mana ada susah apa la ni.Dia tak pernah marah aku nak pi mana pun.Kadang2 hang tau la sampai berminggu2 aku out station pasal kerja aku.Kan aku ni gila kejar cita 2.Dia nampak ok

.Tapi kenapa dalam 2 tahun ni aku tengok dia sejuk dengan aku.Rupa nya dia terjumpa orang kampung dia lawa pulak tu tapi tak muda sangat.anak dara tua yang dia menikah tu la.
Aku mengadu kat anak2 aku.Depa kesian lah kat aku pasal aku ibu depa tapi depa pun sayang kat ayah depa.Dan depa macam terima yang ayah depa ada orang lain selain ibu depa.cuma depa tak tunjuk sangat kat aku yang depa macam suka ayah depa menikah lain.Kalau depa tak suka pasal apa depa mai kat aku seminggu sekali? dan habiskan cuti dengan ayah depa lama.

Mungkin mak tiri depa masak sedap kut tak tau lah.Mungkin ayah depa cucuk kut kata kat aku macam2 mana aku tau.
La hang ni Ella tak dak laki hang nak cucuk lah anak2 hang tu,depa ada fikiran sendiri dan dah besar panjang, biar lah depa nak p mana pun.Yang aku tau laki hang tu baik hang yang tak kena.dia selalu dok jaga anak hang dari kecil.Yang hang tu tau bangun pagi p kerja pi sana pi sini.kalau p shopping sampai tak ingat dunia.Hang pi sorang2 atau ajak kawan2 .hang tak pernah pun ajak laki hang dengan anak2 hang yang aku tau.Bila aku ajak hang bawa lah anak2 hang kita pi sekali, dan bolih juga buat kawan dengan anak2 aku.Hang kata tak mau lah satgi hang nak kena hantar balik lah.Susah sat gi nak keluar lagi.

Sekarang ni hang dok dengki dengan kebahagian depa buat apa? Dah hang rasa tak bahagia jangan buat orang yang hang sayang pun tak bahagia sama.kalau laki hang balik dengan hang pun perangai hang akan sama juga,kita kan menusia perangai yang duk dalam diri kita memang susah nak berubah.Kita tak bolih berlakun untuk masa yang lama.Dan tak bolih menerima benda yang kita tak suka di dalam hati dan kena senyum yang tak iklas.

kalau laki hang dah buat perubahan,dia tak akan buat benda yang sama kalau dia balik kat hang pun.Yang tu hang kena terima,pasal benda yang dah terguris hang cat macam mana pun, dia tak akan smooth.Hang tak bolih nak ubah laki hang dah,pasal buka senang kita nak ubah orang.nak ubah diri kita pun susah kan, ini kan pula nak ubah manusia.Lagi2 nak ubah hati depa memang payah.

Aku percaya.Laki hang tu masih sayang kat hang.Tapi dia tak mau hidup dengan hang lagi untuk masa ni .Tak tau lah aku meneka saja.Aku dengar hang cerita kat aku jadi aku nasihat yang aku dengar saja.Yang hang pun kalau nak ajak aku mengumpat tak payah lah mai kopi tiam , bising sangat kat situ .Kita nak cakap pun kena reverse banyak kali pasal pasal tak dengar.

Ok lah chek nak balik dah ni nak pi minta ampun kat tuhan, pasal mengumpat bekas laki hang
aku minta ampun untuk hang sekali .Bolih aku minta jodoh sekali dak kat hang?.Ouii cik bee oi tak payah dok minta ampun lah, sat gi kita nak mengumpat lagi.Hang minta ampun sekali bila nak tidok nanti.Jom lekas aku hantar hang balik cik bee.
CERITA NI AKAN BERSAMBUNG DI MINGGU DEPAN SEBAB AKU KENA BELANJA DIA PULA>>>....................................................................................................................................

No comments: