Follow by Email

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Friday, December 12, 2008

Selamat Hari Raya Haji , Raya Al Qurbani

Oi sedap nya rendang ayam kampung ni.....makan dengan apa pun sedap
Yang ni kalau tak pernah tengok dan tak tau apa benda dia ok......Ini nama nya lemang
periuk kera .Memang enak di makan begitu saja..............kalau nak cuba hanya setahun sekali..di rumah Azli dan Emy.Yang ni bukan yang menager Azlan buat.Dia buat lemang buluh.Tak semesti nya lemang periuk kera di makan dengan rendang kera.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>..

Asalamualaikum....
Bila sebut saja pasal hari raya haji ramai yang kata; Muhhh raya haji saja,tak dak apa apa.
Aku pun tak paham pasal apa ,walau pun dah tua macam ni.Tapi memang lah rasa macam tu.macam family gathering aja.Macam buat makan makan dan panggil adik beradik aja .Sebab dari dulu lagi kami anak beranak bila raya haji jadi macam cuti hujung minggu.Mungkin kami duduk di bandar jadi rasa macam tu.
Di kampung sana depa sambut betul ,sembelih lembu sana sini tu yang seronok tu.Lagi 2 atau 3 hari lagi nak raya haji depa buat kuih raya dan kadang kadang depa kacau dodol tau.Depa sambut sungguh sungguh dan meriah tu dulu kala.Tapi sekarang ni pun depa sambut ala kadar saja.Pasal depa pun dah tak ramai anak2 nak balik raya haji sama sama depa.Semua anak2 duk jauh nu cuti tak dak so masing masing raya lah kat rumah sendiri.
Aku raya haji ni ada juga juadah makanan anak beranak lemang yang di masak olih adik angkat aku,Mr Lan manager dia bakar lemang sampai 10 batang sedap lemang yang di masak untuk kami beramai ramai.Chik juga adik angkat aku dia masak ketupat palas , rendang ayam dan laksa peneng.Ooi oi jangan lupa Maznah bini Atan adik angkat aku juga tu dia masak longtong ,kari udang dan bihun goreng.
Jadi kami semua pun berkumpul dan makan makan sampai malam .Sampai malas,sampai letih ,sampai kenyang dan sampai tidok.
Anak anak aku dadau ngan miya lepas raya ngan aku pagi tu pas tu balik kl. Kak Dayana raya ngan popo ngan chu dia.Tinggal lah aku ngan Pak ngah hang raya dengan adik beradik angkat kami dengan meriah nya.

No comments: