Follow by Email

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Thursday, September 9, 2010

esok hari raya 2010

Sayang oi..bangun lah ..kita kena p pasar pagi sikit ..nanti kalau lambat habis semua barang orang beli..cek nak masak barang fresh tau..kalau barang fresh kita tambah perasa sikit2 aja pun dia dah manis...cek  senarai lah barang2 yang nak beli..ok ada 10 saja ..tak lah banyak..tak payah bawa lah troley..kalau 10 barang bawak sorang 5 dah ok dah...

ni nak parking kat mana ni..punyalah ramai orang..awat orang ni semua nak mai hari ni juga ka..esok mai tak bolih..kalut.. orang nak mai depa pun nak mai..bukan depa nak raya pun esok..tapi kan ..sungguh juga walau pun depa tak raya ..depa nak makan juga..yang cek ni duk sekat orang nak beramai buat apa..biaq la depa nak beramai kat pasar...dah tak bolih nak beramai kat masjid..pakat p beramai kat pasar...bukan ada protokol pun...

ini udang semalam rm40..ini hari sudah rm45 ka..apasal banyak cepat naik?..ada tangga ka?..haiyo...hai ya nyonya lu tengok semalam lain ma..ini hari lain ma....semalam petang punya..laut dalam..ini hari punya laut atas..itu sebab ada mahai sikit...ok kasi 2 kilo..nanti mari angkat..
 dalam hati cek nasib baik tak bawa troley..kalau tak habis cek gelek kaki orang yang pakai selipar jari extra...
sseronok bila takbir bergema di tempat kita pada malam raya
pi mai..pi mai..pi mai..duk heret barang sampai melentoq jari..kata nak beli 10 barang ..ni dah dekat 25 barang dah n i..muka abang aji pun dah bertukaq hijau..sebab jari dah genting..tapi mampu lagi tersenyum..pasal orang berpuasa sentiasa dalam keadaan sabar..sempat lagi letak barang salam..letak barang salam..semut pun tak macam tu...Almaklum nak raya esok...

No comments: